SELAIN dijadikan tempat beribadah, masjid seharusnya turut berfungsi sebagai pusat komuniti untuk ahli kariah setempat mengeratkan hubungan silaturrahim. Namun apa yang menyedihkan apabila masjid sepertinya dilihat suram tanpa kehadiran golongan belia untuk memeriahkan suasana. Melalui satu video tular di TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Pak Riz memberikan cadangan tentang pendekatan yang boleh dilakukan pihak masjid untuk menarik kehadiran anak muda. Seri sebuah masjid bergantung kepada jemaah yang mengisi kekosongannya. -Gambar hiasan The Star Menurut Pak Riz, dia pernah memegang jawatan sebagai pengerusi masjid dan berpendapat wujud kelemahan dalam pengurusan kewangan rumah ibadat umat Islam hari ini. "Kebanyakan bendahari masjid bangga apabila buat pembentangan dalam mesyuarat agung tahunan, tunjuk kata ada duit banyak dalam akaun. "Apabila disebutnya dalam simpanan ada RM250,000, maka semua pun bertepuk dan bersorak kerana nampak jumlah yang besar itu. Salah sebenarnya, bendahari masjid yang bagus adalah apabila dalam bank tinggal kosong. "Sebab orang menderma ke masjid untuk dibelanjakan, bukannya untuk disimpan," tegas Pak Riz. ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kisah pilu di stesen bas, makcik kerja cuci masjid luah rasa sedih... Titip pesanan buat anak-anak jangan abaikan mak ayah ARTIKEL BERKAITAN: Selesai solat, pemuda sugul nak balik rumah fikir baki RM15.80 dalam akaun! Terkejut jemaah lain datang hulur RM200 Pak Riz seterusnya menyentuh tentang corak perbelanjaan pihak masjid selepas berjaya mengumpul dana daripada sumbangan dan sedekah jemaahnya. "Banyak masjid yang ada dana ni, mereka berbelanja untuk pasang kipas helikopter atau letak karpet baharu. Tapi semua benda ni tak akan membantu meramaikan masjid. "Jemaah akan kekal macam tu je, dalam lima hingga enam orang, yang itu pun semua tua-tua, tengah tunggu kubur memanggil. Sepatutnya daripada beberapa peratus dana tu, belanjakanlah untuk tujuan dakwah. "Seperti bawa masuk ikon remaja ke masjid supaya pemuda ramai datang untuk mendengar perkongsian mereka. Contohnya ikon dunia permotoran dan ikon dunia engineering. Dalam akaun masjid ada RM250,000 tapi asnaf di kariah diabaikan. WARGA MAYA "Lagi best, budak-budak universiti yang pandai buat robot, kita panggil datang buat program robot di masjid, barulah semangat orang muda dari segenap pelosok kampung nak datang," kata Pak Riz. Pak Riz bagaimanapun dilihat memuji inisiatif sesetengah pihak masjid yang memilih untuk membawa pendakwah selebriti bagi menyampaikan ceramah. "Tetapi satu pendekatan sahaja tak cukup, kena duduk berbincang, apa lagi yang boleh dibuat? Apa lagi yang kita boleh lakukan supaya dapat ditanam rasa cinta akan masjid dalam kalangan pemuda. "Kena ada program berkala yang khusus untuk orang muda, pastikan setiap bulan ada program bersama mereka, susunlah sebaik-baiknya. Masjid sebagai rumah Allah seharusnya dihiasi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat. -Gambar hiasan The Star "Saya bagi satu idea, kita boleh pergi ke institut pengajian tinggi (IPT) yang terdekat dengan kita, boleh cuba bekerjasama untuk buat program yang mampu menarik pemuda ke masjid," ujar Pak Riz. Pada ruangan kapsyen, Pak Riz turut menitipkan pesanan bahawa dana masjid merupakan amanah daripada Allah. "Manfaatkan duit masjid betul-betul, itu amanah daripada Allah yang perlu digunakan untuk memberikan impak kepada masyarakat," tulisnya Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan contoh masjid yang pelan perbelanjaannya membawa faedah untuk semua lapisan jemaah. Sebahagian komen warga maya. "Boleh tengok Masjid Al-Busyra di Merbok, Kedah, itulah masjid yang betul cantik pengurusan kewangannya, siap ada hotel lagi dalam tu. "Dalam akaun masjid ada RM250,000 tapi asnaf di kariah diabaikan. "Aku pernah tersadai dekat Perak, dompet semua hilang, nak balik rumah di Johor Bahru dah tak ada duit, ikhtiar terakhir aku adalah untuk minta bantuan masjid berdekatan, tapi akhirnya diperli. "Pintu masjid semua dikunci setiap kali malam, macam mana la orang bermusafir nak datang tidur dan manfaatkan kemudahan yang ada," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube