USAHAWAN Syed Muhammad Shah Hasif sering menjadi perhatian netizen dengan pelbagai kandungan video di media sosial. Terbaharu, Syed, 31, sekali lagi tular selepas isterinya Fatin Syazwani Ishak, 25, menggayakan kasut tumit tinggi berwarna merah jambu ke tanah perkuburan di Lipat Kajang, Klang, Selangor. Menerusi perkongsian di TikTok, Syed menzahirkan ucapan penghargaan buat Fatin kerana sanggup menemaninya menziarahi pusara pada saat-saat akhir. Syed dan isterinya mempunyai dua cahaya mata. "Terima kasih isteriku, walaupun bertumit heels, sanggup teman abam (abang) dan ibu abam, last minute tanpa perancangan nak pergi pusara arwah ayah abam. "Dalam kereta tak standby selipar wife, tapi wife kata tak apa. Dia sanggup redah pakai heels demi abam walaupun agak susah nak jalan dengan tanah lembik, baru lepas hujan. "Memang isteri yang terbaik. Terima kasih sayang sebab lepaskan rindu abam kepada arwah ayah abam," ujar Syed yang juga bapa kepada dua cahaya mata. Tolong jangan hina atau kecam wife abam pakai heels ya. SYED MUHAMMAD SHAH HASIF Tambah Syed lagi, dia turut berharap agar tiada mana-mana pihak yang mempertikaikan pemakaian isterinya ketika menziarahi kubur. "Tolong jangan hina atau kecam wife abam pakai heels ya. Sebab ini tanpa perancangan dan abam nak orang tahu betapa hebat isteriku di hatiku. "Sebab tu abam sayang sangat kat wife abam ni. Nanti kami akan gerak ke Cameron Highlands untuk sambut anniversary perkahwinan kami, InsyaAllah," kata Syed lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati isteri lihat gumpalan rambut dalam laksa... Usahawan ‘penat’ 2 kali rebus tetap ada, netizen cadang buat ujian DNA ARTIKEL BERKAITAN: Dulu orang pandang rendah... Lelaki ini sanggup berhabis RM60,000, siapkan 120 pasang baju raya untuk isteri dan anak Video pasangan itu menziarahi kubur turut meraih 3.5 juta tontonan di aplikasi TikTok. Meskipun terpaksa berjalan atas permukaan tidak rata dan dipenuhi rumput, Fatin kelihatan tenang sebelum mereka sama-sama berdoa di tepi pusara. Pada penghujung video, Syed juga dilihat tekun membersihkan kasut isteri serta ibunya yang kotor kerana terkena tanah. Di ruangan komen, ramai netizen memuji sikap Syed yang memuliakan ibu serta isterinya, namun ada yang turut berjenaka tentang hal itu. "Satu je suka dengan dia ni, layan mak dan bini dia macam ratu. Semoga bahagia selalu. Syed menerima pujian kerana memuliakan ibu serta isterinya. "Kenapa tak pakai kasut ice skating je? "Boleh pula dia pakai heels pergi ziarah? "Boleh pula duduk catwalk kat tempat ni," tulis beberapa netizen. Untuk rekod Syed mendirikan rumah tangga bersama Fatin pada 30 November 2018 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Muhammad Nouis Jaeden El-Alawi serta Syarifah Haifa Urshia El-Zahrah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube