suria

Suami teruja isteri beli popia kegemaran, terkedu ketika gigitan pertama... Amat sesuai untuk orang tak makan sayur

Popia yang dibeli wanita berkenaan hanya mengandungi sepotong lobak merah (kiri). Kuih yang dijual dalam paket (kanan) di sebuah gerai. -Gambar hiasan

KETIKA ini semua golongan merasai tempias kesan kenaikan harga barangan.

Tidak terkecuali peniaga makanan yang banyak menggunakan barangan mentah.

Namun, situasi ini tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk mereka mengambil kesempatan dan menganiaya pelanggan.

Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang pelayar meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap seorang penjaja kuih yang dianggap menganiaya pelanggan apabila menjual popia tanpa inti.

Menurut pelayar berkenaan, suaminya merupakan salah seorang peminat popia sayur namun seleranya terbantut selepas menggigit seketul popia yang dibeli dari sebuah gerai.

popia

Popia merupakan sejenis kuih yang terdiri pelbagai bahan untuk dijadikan inti.

"Tak tahulah nak ketawa ke nak menangis. Suami memang minat dengan popia sayur.

"Jadi belilah RM2 empat biji popia tu. Ambillah satu untuk rasa... sekali gigit tengok isi dalam. Tak tahu nak kata apa," tulisnya pada perkongsian yang dimuat naik di grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Harini Official.

Dia turut memuat naik dua keping gambar memaparkan inti popia berkenaan yang hanya mengandungi sehiris sayur lobak merah, tanpa sayur lain seperti sengkuang, taugeh dan kobis.

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang pisang goreng nipis macam kerepek! Pelanggan masih jaga aib penjual, tak sampai hati dedah lokasi gerai

ARTIKEL BERKAITAN: Terbantut selera abang lori, terkejut RM2 hanya boleh beli 3 keping pisang tanduk goreng... Sebiji potong nipis-nipis!

Dia bagaimanapun tidak menyatakan lokasi gerai kuih yang dikunjungi itu.

Perkongsian pelayar berkenaan mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan ada yang melontarkan komen lucu sementara sebahagian yang lain meluahkan rasa kesal dengan sikap peniaga seperti ini.

Inilah orang yang culas dalam berniaga. Tak berkat rezeki niaga gitu. Mencari untung dunia saja, akhirat tak ingat.

NETIZEN

"Ini namanya popia carrot sepotong... sesuai untuk orang yang tak makan sayur sangat.

"Patut letak nama 'popia carrot secoet'... sedap juga namanya.

"Mahal sangat ke sengkuang dengan lobak merah? Kenapa la kedekut sangat penjual ni.

"Kadang kita beli nak support peniaga... tapi kalau dah macam tu popia dia, cukup sedih rasanya," demikian komen netizen.

popia 2

Ada netizen mencadangkan wanita tersebut membuat sendiri popia supaya lebih berpuas hati. -Gambar hiasan

Mereka dalam masa yang sama turut mengaitkan isu keberkatan rezeki yang diperoleh hasil penganiayaan terhadap pelanggan.

"Tak berkat niaga macam ni. Selalu yang niaga macam ni tak lama mana.

"Inilah orang yang culas dalam berniaga. Tak berkat rezeki niaga gitu. Mencari untung dunia saja, akhirat tak ingat," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain