HANYA linangan air mata dapat menggambarkan perasaan lelaki ini tatkala mengetahui anak kesayangan begitu berbangga dengan pekerjaannya sebagai seorang pemandu peribadi. Lebih sebak apabila si anak tanpa segan silu menyarung uniform bagi menggambarkan pekerjaan bapanya itu. “Terima kasih kerana berbangga dengan babah (ayah). Babah cuma menumpang rezeki kakak (anak),” tulis si bapa menerusi video yang tular di media sosial. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi rakaman berkenaan, si bapa yang rupa-rupanya tinggal berjauhan (PJJ) dengan keluarga hadir ke sekolah anaknya bagi membuat kejutan sempena majlis sambutan Hari Kanak-Kanak (bertemakan kerjaya), baru-baru ini. mStar menjejaki Mohd Saman Ghazali yang berpengalaman sebagai pemandu selama kira-kira 25 tahun. Mesra disapa Roy, dia menjelaskan pemilihan pakaian seragam bertemakan pekerjaannya sebagai pemandu itu adalah idea daripada anaknya sendiri yang berusia sembilan tahun. Roy (dua, kanan) bersama isteri (kanan) dan anak (tengah) serta guru di kelas. Pada masa sama, lelaki berusia 48 tahun itu turut mendedahkan kejutan yang dibuat pada 24 November lalu itu merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke sekolah anaknya. “Saya bekerja sebagai pemandu peribadi di Kuala Lumpur, manakala keluarga di Hulu Bernam di Hulu Selangor, Selangor. “Kerana tuntutan dan kesibukan kerja, jadi saya PJJ dengan keluarga. Semua urusan persekolahan anak diuruskan oleh isteri dan saya cari nafkah untuk mereka. “Jangan kata tak dapat pergi ke sekolah, saya balik ke rumah pun hanya pada setiap hujung minggu,” katanya ketika dihubungi mStar. Anak turut aktif menyertai pakaian beragam. Menurut Roy yang kini menjadi pemandu peribadi selama 10 tahun, dia mengakui sedih dan terkilan setiap kali anak sulungnya daripada dua beradik itu memintanya supaya hadir ke sekolah. ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh pilih kostum lain, anak berkeras mahu tonjol kerjaya bapa di sekolah... hargai ayah susah payah bagi makan, tempat tinggal ARTIKEL BERKAITAN: Abang nak jadi polis trafik, getah rambut adik jadi ‘mangsa’! Dah pandai tegur cara pemanduan mak ayah “Sejak anak saya lahir kalau tak ada urusan rasmi, memang saya hanya akan pulang ke rumah apabila hujung minggu dan cuti umum. “Anak pernah minta saya hadir ke sekolah terutama ada ujian atau sign report card, tapi saya sibuk dan isteri yang merupakan suri rumah yang pergi. Memang sedih, tapi sudah tanggungjawab saya untuk cari rezeki,” ujarnya yang berasal dari Sabak Bernam. Roy (kanan) begitu rapat dengan anak perempuannya. Bagaimanapun, sambutan Hari Kanak-Kanak yang diadakan di sekolah anaknya telah membuatkan hatinya terdetik untuk hadir ke sekolah buat julung kali. “Saya tergerak hati nak jumpa anak saya. Majlis dibuat pada hari Jumaat dan kebiasaannya hari saya bekerja. Tapi saya mohon cuti daripada majikan untuk hari istimewa ini. Syukur anak terima pekerjaan ayahnya sebagai pemandu. MOHD SAMAN GHAZALI “Selama ini saya beri kasih sayang di rumah dan di luar sekolah. Jadi saya mahu tunjukkan kasih sayang pada anak di sekolah pula. Itulah kali pertama saya hadir ke sekolah anak,” ujarnya sebak. Pada hari berkenaan, Roy mengakui amat tersentuh melihat anak perempuannya memakai pakaian seragam pemandu seperti mana yang sering dipakainya ketiga bertugas. Roy (kanan) bersama keluarga. “Ikutkan hati memang saya nak menangis, tapi saya tahan juga. Hanya lihat anak menangis dan saya mahu beri semangat kepada dia. Tapi apabila tinggal berjauhan dan keseorangan, memang saya menangis teringatkan isteri dan anak-anak. “Saya bersyukur anak terima pekerjaan ayahnya sebagai pemandu. Pesan saya pada anak supaya belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa hormat orang tua,” katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube