suria

“Orang yang faham tak akan berkira” - Penjual rimas pelanggan sibuk pertikai kenapa bahulu di kedai lain lebih murah

Peniaga pastinya perlu berdepan pelbagai rintangan dalam mencari rezeki. -Gambar hiasan (kanan)

LUMRAH pelanggan untuk membandingkan harga bagi membuat pembelian yang dirasakan berbaloi dan paling berpatutan.

Namun, tindakan sedemikian boleh menyebabkan peniaga berasa rimas kerana seolah-olah tidak percaya dan mempersoalkan keikhlasan mencari rezeki.

Melalui satu luahan di Facebook, seorang wanita yang merupakan peniaga kuih bahulu mengakui hatinya terguris apabila diajukan soalan mengapa harga kuih itu di gerainya lebih mahal berbanding tempat lain.

Peniaga perlu mengambil kira pelbagai faktor dalam perniagaan seharian. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu yang berniaga bahulu dari tahun 2005, setiap peniaga mempunyai sebab tersendiri untuk meletakkan harga tertentu ke atas makanan mereka.

"Kita tak perlu jadikan diri kita ini untuk orang lain, jadilah diri sendiri. Kalau orang cakap apa yang kita jual ni mahal, biarkan.

"Hanya kita sahaja yang tahu kenapa kita letak harga macam tu, ia boleh jadi untuk ejen yang bantu mengiklankan perniagaan kita, untuk kos beli barang, untuk kos elektrik dan air, kos penghantaran atau untuk kos sewa kedai.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Melayu ‘hisap darah’, mangga asam boi RM20! Pelanggan trauma tengok senarai harga di festival makanan, caj tak masuk akal

ARTIKEL BERKAITAN: Muak dengar alasan ‘sekejap lagi transfer’, peniaga tegur sikap pembeli suka berhutang... Cuba tahan nafsu kalau tiada duit!

"Serta banyak lagi keperluan yang lain. Orang yang faham dia tak akan berkira semua benda ni, jangan sibuk nak pertikaikan kenapa bahulu orang tu murah dan bahulu kita mahal.

"Kena tengok juga pengeluaran dia di kedai atau di rumah, banyak perbezaannya di situ," kata peniaga bahulu tersebut meluahkan perasaan.

Menitipkan pesanan, peniaga itu meminta rakan seperjuangannya untuk mengutamakan diri sendiri dalam menentukan harga.

Peduli apa orang nak kata, mahal atau murah ke, janji kita berniaga dengan jujurnya.

WARGA MAYA

"Letak harga betul-betul, jangan sampai ada kerugian langsung, nanti kita juga yang tak dapat apa. Dan lagi satu saya nak kupas, tentang mereka yang bercakap berniaga itu satu sedekah.

'Ya betul, tapi kita kena tengok juga situasi peniaga tu. Ada yang berniaga sebab memang nak menyara kehidupan, itulah sumber pendapatan mereka.

"Ada juga yang berniaga sebab banyak komitmen, jadi ini kira side job mereka. Dan wujud juga peniaga yang memang sudah sedia berkemampuan, dia bernaiga sebab nak berkongsi rezeki, tak kisah pun kalau tak dapat pulangan.

"Jadi jangan banyak tanya kenapa orang tu jual murah dan kenapa orang sini jual mahal, ada sebab peribadinya. Saya percaya kalau kita jual makanan sedap, pasti orang akan datang beli," katanya menutup bicara.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya bersetuju dengan perspektif wanita tersebut dan mengakui berselera melihat bahulu yang dijual.

"Peduli apa orang nak kata, mahal atau murah ke, janji kita berniaga dengan jujurnya. Semoga terus dimurahkan rezeki.

"Jalan terus saja akak, apa mulut orang kita buat tak tahu.

"Sedap nampak bahulu tu, best kalau dapat cicah dengan kopi pagi-pagi," kata pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain