suria

Pemuda ada misi, solat Subuh berjemaah di masjid selama 30 hari... Dapat sesuatu tak pernah dirasai sepanjang hayat

Lelaki ini memulakan misi untuk solat Subuh secara berjemaah di masjid selama sebulan.

HARI yang baik untuk seorang Muslim bermula dengan solat Subuh yang dijaga.

Namun, panggilan Ilahi seawal pagi itu sukar untuk dipenuhi bagi sesetengah individu kerana lena yang dibuai mimpi.

Walaupun begitu, melalui satu video tular di TikTok, seorang pemuda yang dikenali sebagai Khairul Adib dillihat mempunyai satu azam yang membuatkan ramai kagum.

Pemuda ini menjalani kehidupan baharu dengan mengutamakan solat Subuh di pagi hari.

Khairul dalam perkongsiannya berkata dia berazam untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid selama 30 hari berturut-turut tanpa gagal.

Menerusi siri videonya, Khairul diperhatikan memuat naik secara harian memaparkan dirinya bersiap-siap di rumah dan memandu kereta sekitar pukul 5.30 pagi untuk ke masjid ketika hari masih lagi gelap.

Misi Khairul itu dipercayai bermula pada Ahad 19 November lalu dan setakat berita ini ditulis, sudah memasuki hari yang kesembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai solat, pemuda sugul nak balik rumah fikir baki RM15.80 dalam akaun! Terkejut jemaah lain datang hulur RM200

ARTIKEL BERKAITAN: Alamak! Isteri solat Subuh tapi lupa mandi wajib, tengah khusyuk tahiyat akhir suami datang tegur... “Astaghfirullahalazim ayang!”

"Saya sudah tiga kali nampak cabaran (challenge) ini muncul di halaman saya di TikTok, dan akhirnya saya tergerak hati untuk menyahut.

"Sejak saya mulakan cabaran ini, hidup saya rasa sungguh tenang, tak pernah lagi setenang ini dalam hayat saya. Mungkin ini petanda untuk saya mengubah gaya hidup lalu.

"Saya patut buat ini dari awal lagi, tetapi tak mengapa, tidak pernah wujud istilah terlambat untuk kita mulakan sesuatu.

Nak buat tapi Ya Allah beratnya, yang pernah cuba je tahu macam mana.

WARGA MAYA

"Semoga Allah dapat membimbing kita semua ke jalan yang lurus dan melindungi kita daripada kesesatan," kata Khairul yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan bertauliah (personal trainer).

Pada hari pertama misinya menunaikan solat Subuh berjemaah, Khairul dilihat singgah di Masjid Kota Kemuning di Klang, Selangor.

Selepas selesai bersembahyang di masjid, Khairul mengisi masa dengan bersantai di taman rekreasi untuk menghirup udara segar pagi sambil menyaksikan matahari terbit di ufuk timur.

Pada hari-hari berikutnya, Khairul bertandang ke masjid berlainan di sekitar Lembah Klang termasuklah Masjid Negara di Kuala Lumpur.

Sebahagian komen warga maya.

Dalam setiap videonya, Kharul membuat coretan pada ruangan kapsyen sebagai satu bentuk cerminan dan muhasabah diri untuk perjalanan spiritualnya itu.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata mereka ingin turut sama menyahut cabaran tersebut tetapi mengakui ia tidak mudah dengan diri yang masih serba kekurangan.

"Nak buat tapi Ya Allah beratnya, yang pernah cuba je tahu macam mana.

"Jadi berat sebab fikir nak masuk office selepas tu. Apabila direnungkan, kerja pula yang kita duduk kejarkan, seronoknya kalau boleh bekerja sendiri dan ada masa sendiri.

"Saya pun selalu simpan impian nak buat macam ni juga, tapi pagi-pagi dah sibuk nak kena 'bersilat' uruskan anak ke sekolah," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain