suria

“HIV bukan jijik pun” - Persediaan dah buat, wanita buntu nak batal atau teruskan nikah jika bakal suami tak lepas ujian saringan

Penghidap HIV boleh mendapatkan rawatan. -Gambar hiasan

SETIAP individu yang belum bernikah pasti mengimpikan pasangan yang dapat menerima kekurangan dirinya kerana sikap yang ditpamerkan semasa zaman bercinta tentu tidak sama setelah memasuki alam perkahwinan.

Buktinya, ramai yang menjadikan ketidaksefahaman sebagai alasan untuk berpisah selepas berasa tawar hati dan menyesal dengan ikatan suci yang dibina.

Seperti yang dialami oleh pelayar laman X ini, dia meluahkan kebimbangan sekiranya bakal suami didapati positif HIV selepas mereka melakukan ujian saringan HIV pra perkahwinan.

Pasangan yang bakal berkahwin perlu melakukan saringan HIV terlebih dahulu. -Gambar hiasan

Pasangan yang bakal berkahwin perlu melakukan saringan HIV terlebih dahulu. -Gambar hiasan

“Kita buat ujian HIV untuk kahwin, tiba-tiba keputusan pasangan positif.

“Patutkah kita teruskan perkahwinan dengan pasangan ni atau lebih baik berpisah,” dia bertanya kerana inginkan pandangan netizen.

Pada masa sama dia turut memaklumkan, persiapan perkahwinan sudah hampir 80 peratus selesai.

ARTIKEL BERKAITAN: Zakar bengkak, pemuda mengaku gay selepas sah positif HIV! Doktor terkejut 30 pasangan seksnya kemudian datang check darah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak jadikan dia isteri tapi saya seorang PLHIV” - Hidap HIV selepas terlanjur dengan rakan sekampus, jurutera teruja bakal timang anak

Sudah tentu timbul masalah untuk tidak meneruskan majlis pernikahan seperti yang telah dirancang.

“Kalau nak putus, apa alasan yang nak bagi pada mak ayah? Pasangan positif HIV ke? Nanti memalukan.

“Rasa membazir duit sebab kumpul untuk kahwin ni,” luahnya lagi.

Banyak sangat orang sekarang normalise HIV ni.

WARGA MAYA

Hantaran yang dibuatnya itu, dikongsikan seorang pelayar laman X yang turut meminta pandangan daripada warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen mengecam wanita terbabit dan menyifatkan dia seolah-olah menghina pasangan tanpa mendapatkan penjelasan terlebih dahulu serta tidak setia.

Malah ada yang mengagak dia akan mengungkit semula kisah silam sehingga membuatkan pasangan berasa tidak selesa dan kecewa.

Warga maya meninggalkan pandangan masing-masing di ruangan komentar.

Warga maya meninggalkan pandangan masing-masing di ruangan komentar.

“Kau tak payah kahwin dengan lelaki tu sebab kau bukan orang sesuai untuk dia... di sini (media sosial) pun nampak dah kalau kahwin, mesti kau akan ungkit kisah silam. Kalau kau sayang, kau tak tanya netizen.

“Tanya dulu kenapa, ni kau dah fikir nak bagi alasan apa... tak semestinya sebab cara hidup dia. Jangkitan boleh berlaku dalam banyak cara, bagus juga dia tak jadi kahwin dengan kau.

“HIV bukan jijik pun. Bukan semua orang dapat sebab seks bebas atau dadah saja,” ujar beberapa warga maya.

Bagaimanapun tidak kurang juga yang menasihatinya supaya membuat keputusan terbaik sama ada mahu teruskan hubungan bersama pasangan atau berpisah.

“HIV boleh dirawat dan diuruskan, memang tiada ubat yang boleh sembuhkan tetapi tuan badan dapat sihat. Rujuk ubat berkaitan jika nak teruskan perkahwinan.

“Cakap sahaja tak ada jodoh. Tak mahulah kahwin tapi tak kekal lama... kita pun kena jaga aib dia.

“HIV ni penyakit bahaya. Habis keturunan kau binasa nanti kak, tinggalkan... biar dia cari solusi sendiri nak dapatkan rawatan. Banyak sangat orang sekarang normalise HIV ni,” tambah segelintir netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain