suria

Selepas sumbat tilam, tular pula pelanggan cuci bantal di kedai dobi... Selambak kekabu, sekilas pandang macam popcorn

Seorang pelanggan membasuh bantal di kedai dobi layan diri.

GUNA selagi boleh! Begitulah tanggapan segelintir masyarakat apabila berkunjung ke kedai dobi layan diri.

Sememangnya perkhidmatan itu memudahkan orang ramai, namun bukan semua benda boleh dibersihkan menggunakan mesin basuh di premis berkenaan.

Menerusi satu video yang tular di laman sosial, kelihatan seperti cebisan-cebisan kain sedang berputar di dalam mesin basuh rupa-rupanya merupakan kekabu bantal.

“Kejadian hari ini, siapalah basuh bantal sekali. Habis keluar kekabu dalam bantal tu.

“Tuan bantal entah ke mana... musim dobi, macam-macam berlaku,” tulisnya.

Sebelum ini tular pelanggan memasukkan tilam ke dalam mesin basuh di sebuah premis dobi layan diri.

Mengulas lanjut, dia bersama pelanggan lain cuba untuk mematikan suis mesin basuh tersebut namun tidak berhasil.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamam tengok semangat pasangan ini! Bergabung tenaga masukkan tilam dalam dryer kedai dobi

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbat selagi boleh! Lelaki bengang tengok makcik guna mesin di dobi layan diri, ini ke cara B40 nak berjimat?

“Dah cuba tolong off suis, tak menjadi. Terpaksa tunggu habis basuh.

“Hancur dah bantal tu, habis keluar kekabu,” ujarnya.

Serba-serbi mereka sumbat.

NETIZEN

Ramai yang beranggapan pemilik bantal berkenaan menghilangkan diri, bagaimanapun sangkaan itu meleset.

“Tuan bantal datang balik, terperanjat tengok bantal. Dia bertanggungjawab, dia kutip semua kekabu,” katanya sambil menjelaskan tidak membuat rakaman insiden selepas itu.

Namun katanya, bukan pemilik bantal sahaja yang terkejut dengan apa yang berlaku tetapi juga beberapa pelanggan termasuk pemilik kedai dobi.

Antara komen netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi malah berimaginasi tentang keadaan kekabu bantal di dalam mesin basuh tersebut.

“Hahaha, blend (kisar) bawang, ikan bilis ke?

“Pergi bawa bantal, balik bawa nasi goreng.

“Setiap bantal tu kan ada tag dia. Kekabu, cotton (kapas) tak sesuai dibasuh, jemur je. Man made fibre macam polyster tu boleh la. Nak basuh sangat, keluarkan isinya dulu.

“Hari tu ada yang nak sumbat tilam dalam mesin dobi, ni bantal pula. Serba-serbi mereka sumbat,” demikian antara komen netizen.

Baru-baru ini tular video menunjukkan dua pelanggan sedang memasukkan tilam bersaiz single ke dalam mesin pengering (dryer) di sebuah premis dobi layan diri.

Bagaimanapun, tilam itu dilihat gagal dimasukkan sepenuhnya kerana saiznya yang besar, melebihi had muatan mesin berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain