KUIH bom bijan merupakan makanan tradisional yang sesuai dijadikan juadah minum petang. Intinya diperbuat daripada parutan kelapa manis atau kacang manakala kulitnya dihasilkan daripada tepung gandum yang disaluti kacang soya bijan. Kebiasaanya kuih ini dibeli daripada peniaga luar yang sudah siap dimasak kerana proses pembuatannya agak rumit untuk dicuba sendiri di rumah. Kuih bom bijan yang dihasilkan dengan sebetulnya. -Gambar hiasan Namun, melalui satu video tular di laman X, seorang individu meluahkan rasa kecewa kerana menerima kuih bom bijan dengan inti yang sangat sedikit. Dalam video itu, dapat dilihat kuih bom bijan tersebut dibuka bagi mendedahkan ruang yang kosong di dalam dengan intinya hanya ada seketul di tengah. Manakala kapsyen video itu juga meminta peniaga agar berlaku jujur dengan pelanggan dan tidak cuba mengambil jalan pintas untuk meraih untung. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga kedekut teruk! Popia goreng inti 2 urat tauge mengejutkan pelanggan, luaran je nampak normal - “Jenis berniaga tak nak keberkatan” ARTIKEL BERKAITAN: Karipap padu, inti penuh! Remaja Kuala Krai setia bersama basikal tua sambung bisnes arwah bapa demi bantu keluarga "Nak berniaga tu tolong buat cara nak meniaga. Ni inti ke tahi telinga?" soalnya menyindir. Melewati ruangan ciapan balas, warga maya turut berasa kecewa kerana menganggap semakin ramai peniaga hari ini mengambil ringan kepuasan pelanggan. "Kuih ala kadar macam tu je, lepas tu charge harga yang mencanak, nampak sangat tak ikhlas nak berniaga tu, semoga muflis perniagaan. Kita nak cuba bersangka baik ni, mungkin anak dia yang masih kecil tolong buatkan kuih tu. WARGA MAYA "Tengok inti kuih bom bijan ni dah macam tahi lalat dekat muka Opah dalam cerita Upin & Ipin tu, kecilnya alahai. "Sekarang banyak peniaga yang bagi alasan harga barang mentah naik, itu sebab harga makanan yang dijual pun mahal, itu kami boleh terima, tapi kalau dah macam ni rupa makanannya, kami memberontak. "Kita nak cuba bersangka baik ni, mungkin anak dia yang masih kecil tolong buatkan kuih tu, sebab tu quality check hancur," kata pelayar. Sebahagian komen warga maya. Tidak kurang juga ada warga maya yang berkata, dirinya sendiri sebagai seorang peniaga turut berasa terkilan dengan sikap sedemikian. "Sedihnya tengok kuih bom bijan macam tu, dulu waktu mak saya berniaga kuih ni, inti dia semua penuh, baru puas pelanggan makan dan kita peniaga pun suka tengok," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube