suria

Lelaki berselera aneh, makan nasi lemak kari ayam dengan Milo tabur! - “Orang biasa letak Ajinomoto je”

Selera lelaki ini membuatkan ramai terkejut.

GEMPAR di platform TikTok apabila pekerja sebuah restoran mendedahkan dia menerima pesanan pelik daripada seorang pelanggan.

Menerusi video yang dikongsikan, pelanggan yang membuat pesanan melalui aplikasi tempahanan makanan itu meninggalkan permintaan khas kepada restoran agar menyediakan hidangan nasi lemak kari dicampur serbuk Milo.

Difahamkan pesanan luar biasa itu dibuat sempena sambutan hari ulang tahun kelahiran pelanggan berkenaan.

Staf restoran menyiapkan pesanan makanan yang berbeza daripada kebiasaan.

Video itu dimuat naik oleh staf restoran di pusat beli-belah The Mines, Seri Kembangan, Selangor yang terkejut apabila hendak menyediakan pesanan tersebut.

Warga maya turut berasa teruja apabila mengetahui kewujudan gabungan menu sedemikian.

"Saya sekarang ni tengah mengandung, tiba-tiba nampak nasi lemak kari Milo ni, terus rasa mengidam. Mana nak cari ya?

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin campur... Isteri sukar terima suami makan nasi kuah air mineral, air paip - “Macam makanan angsa opah aku”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan bawa duit siling dalam plastik, sorok-sorok nak kira... Peniaga nasi bajet RM3.50 tersentuh hati, terus bagi percuma

"Macam mana boleh 'ngam' eh campur benda manisan dengan nasi berlauk yang berkari macam ni? Tak apa la selera orang lain-lain kan," kata sebahagian warga maya.

Walaupun begitu, staf berkenaan yang dikenali sebagai Shaheera Azhar ketika dihubungi mStar mendedahkan 'pelanggan' itu ternyata merupakan pengurus di tempat dia bekerja.

"Sebenarnya pelanggan tu manager saya, nama dia Wan. Apa yang berlaku ni merupakan perancangan antara bos kami dengan isteri Wan kerana nak beri kejutan untuk manager saya tu.

Saya sejak kecil memang suka eksperimen campur Milo dalam makanan, sampai mak pesan jangan cepat sangat habiskan Milo.

Wan Muhammad Firdaus Syed Razali

"Dalam diam bos kami yang hantar pesanan tu. Wan pula waktu tu berada di rumah. Dia pun terkejut apabila bungkusan makanan sampai di rumah, lagi terkejut nampak apa yang dia dapat.

"Kalau nak tahu, satu hal tentang manager saya ni, dia memang suka Milo, itu favourite dia setiap masa, tak dapat dipisahkan.

"Sebab itulah saya terus rakam apabila mula-mula dapat order tu, saya tak sangka wujud spesies macam manager saya yang tergila-gilakan Milo ni. Tak sangka pula saya pun kena game" jelas Shaheera.

Sementara itu pengurus restoran dengan panggilan Wan atau nama lengkapnya Wan Muhammad Firdaus Syed Razali ketika bercerita kepada mStar berkata kesukaan melampau terhadap Milo bermula sejak di awal usia.

Wan sangat mencintai Milo dalam makanannya.

"Sejak kecil saya memang suka eksperimen campur Milo dalam makanan, sampai mak pesan dulu jangan cepat sangat habiskan Milo dekat rumah tu. Ahli keluarga yang lain tak ada pula share keistimewaan saya ni.

"Pada saya Milo ni macam penyedap rasa dalam makanan, kalau orang biasa mungkin letak Ajinomoto je, saya tambah Milo baru ekstra lazat makanan tu.

"Tapi saya ni bukan la terlalu kronik sangat sampai kena ada Milo baru boleh makan, saya cuma tambah Milo dalam makanan apabila dekat rumah atau di kedai saya, tempat yang saya selesa.

"Tidak la semua tempat dan setiap masa saya buat begini, hanya orang terdekat je tahu tentang relationship saya dengan Milo ni," kata Wan yang sudah hampir dua tahun bekerja di restoran Mug Mug.

Kejutan hari jadi untuk Wan yang sungguh tidak disangka.

Menurut Wan yang keberatan mendedahkan usia sebenarnya, dia mencampurkan Milo ke dalam makanan secara rambang termasuklah nasi campur.

Ketika menyentuh soal kesihatan, Wan mengakui timbul kerisauan jika pengambilan Milo secara melampau itu boleh mengakibatkan risiko penyakit seperti kencing manis.

"Disebabkan saya suka makan Milo je, saya cuba hadkan pengambilan manisan lain atau makanan dan minuman yang tinggi gula, saya nak imbangkan semula.

"Saya juga melakukan senaman secara berkala supaya gula dan lemak berlebihan daripada Milo tu boleh dibakar. Kesihatan tetap perlu diutamakan," kata Wan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain