suria

Pemilik kafe dipuji kental! Tawar makanan percuma untuk individu lapar, tak berduit... Urusan mudah, ambil tiket dan tebus

Kafe ini bermurah hati menawarkan makanan percuma kepada sesiapa sahaja sebagai satu cara berkongsi rezeki.

TERDAPAT banyak cara untuk meraih pahala dengan mudah, salah satunya adalah dengan menjamu orang lain makan.

Demikian pendekatan yang diambil oleh sebuah kafe ini apabila menawarkan makanan percuma dengan niat untuk berkongsi rezeki.

Menerusi perkongsian di Facebook, kafe D'Kaseh Cake yang terletak di Muar, Johor membuat hebahan bagi mengalu-alukan sesiapa sahaja yang kurang berkemampuan untuk menikmati makanan percuma dengan cara menebus tiket yang sudah ditampal di pintu masuk premis mereka.

Bersama kepingan tiket tersebut, kafe berkenaan turut menampal nota memaklumkan makanan yang bakal ditebus sudah pun dibayar.

kafe 2

Tiket makanan percuma yang dikeluarkan hampir setiap hari.

"Jika anda lapar dan kekurangan duit, sila ambil tiket ini dan redeem secara percuma di dalam kerana makanan anda telah dibayar. Kami sediakan makanan panas untuk anda dan enjoy. Alhamdulillah," demikian menurut nota berkenaan.

Perkongsian berkenaan menjadi tular di Facebook yang mana secara tidak langsung ada di antara warga maya yang ingin turut serta meraih pahala dengan memberi sumbangan bagi inisiatif tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ramai tapi beli burger 3 biji... Peniaga tak sampai hati tengok pelanggan tahan lapar, murah hati bagi makanan percuma!

ARTIKEL BERKAITAN: Infak zaman TikTok, peniaga dapat ‘live gifts’ hantar sebungkus nasi beriani ke gerai sebelah... Rupanya asbab lagi ramai sedekah!

Menjengah hantaran di Facebook, pemilik kafe berkenaan akan membuat hebahan setiap kali mereka mengeluarkan tiket untuk penebusan makanan percuma.

Sekadar mahu berkongsi rezeki dan mengamalkan konsep berniaga sambil bersedekah, pemilik kafe berkenaan melahirkan kesyukuran apabila inisiatif mereka mengundang pujian warga maya.

Tak semua owner kedai kental nak buat macam ni. Tahniah owner, awak membuka mata kepada semua orang.

NETIZEN

"Paling terharu bila tengok satu-satu yang share posting, ramai yang mendoakan termasuk non Muslim, banyak yang share juga dari negara luar.

"Terima kasih atas doa-doa. Harap benda yang baik akan menjadi contoh pada semua, nak membantu kita bantu apa yang kita mampu... tak mampu wang ringgit, mampu tolong like dan share pun dah dapat pahala," tulisnya.

komen kafe

Warga maya memuji usaha pemilik kafe berkenaan.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan pemilik kafe berkenaan malah berharap agar inisiatif yang sama turut dicontohi peniaga lain.

"Tak semua owner kedai kental nak buat macam ni. Tahniah owner, awak membuka mata kepada semua orang. Semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki.

"Semoga Allah SWT kurniakan rezeki yang melimpah ruah seperti air yang sentiasa mengalir tanpa henti.

"Semoga jadi ikutan di restoran dan kedai makanan yang lain. Semoga murah rezeki kepada yang memberi," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain