PASTI remuk hati apabila melihat rakan yang sama-sama mendaftar masuk ke universiti lebih awal menamatkan pengajian. Walau tumpang bergembira dan berbangga sekali pun, jauh di sudut hati pasti timbul kesedihan kerana takdir menentukan belum tiba masanya diberi rezeki untuk menggenggam ijazah. Melalui satu video tular di TikTok, seorang pemuda menunjukkan momen rakan sekuliahnya menaiki pentas untuk menerima ijazah sarjana muda manakala dia hanya menghadiri majlis konvokesyen itu sebagai tetamu. Pemuda ini menghadiri majlis konvokesyen rakan sekuliahnya bukan sebagai seorang graduan. Bercerita lanjut kepada mStar, Nazim Zamzani, 23, berkata dia lewat satu semester untuk menamatkan pengajian daripada rakan-rakannya kerana membuat pertukaran kursus. Menurut Nazim yang merupakan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dia mempunyai hubungan akrab dengan rakannya sejak pengajian asasi di UIA kampus Kuantan, Pahang. "Saya pada asalnya ambil kursus finance (kewangan), tapi kemudian saya tukar ke kursus perakaunan pada Februari 2021. Sebab tu saya terpisah dengan kawan-kawan dan kena mula semula dari awal. ARTIKEL BERKAITAN: Ulang-alik tengah panas nak set ‘timer’, gelagat graduan UniMAP buat ramai sebak... Jurufoto profesional minta tolong cari sampai dapat ARTIKEL BERKAITAN: Terpaling konvo! Graduan USM rakam gambar pra-konvokesyen di konsert Coldplay, tak sia-sia sumbat jubah dalam beg "Saya boleh masuk dewan konvokesyen sebab ada ibu bapa kawan yang tak dapat hadir, jadi saya isikan kekosongan tu untuk datang tengok rakan karib saya graduate. "Perasaan waktu dalam dewan tu saya memang boleh cakap sedih, mereka semua rakan seperjuangan saya, jatuh bangun bersama, classmate sejak asasi lagi, ingatkan boleh sampai garisan penamat sekali tapi saya terlambat. "Jatuh air mata ni apabila fikirkan mereka dah selangkah ke dunia pekerjaan dan saya masih lagi di sini (kampus Gombak) sebagai pelajar," kata Nazim yang menetap di Cheras, Kuala Lumpur. Sekarang tinggal saya seorang je di kampus ni, kawan lain sudah melangkah ke alam dewasa. NAZIM ZAMAZNI Tambah Nazim, terdetik juga dalam fikirannya untuk mengundurkan masa, kerana jika dia tidak menukar kursus, sudah tentunya dapat bersama dengan rakan berada di atas pentas pada hari konvokesyen tersebut. Walaupun begitu, Nazim tidak berasa menyesal dengan keputusannya itu kerana dia berbuat demikian atas dasar minat. Selesai sahaja majlis konvokesyen di dalam dewan, Nazim mengambil peluang untuk bergambar kenang-kenangan bersama rakannya. "Waktu kami berjumpa semula selepas habis konvokesyen tu, kawan-kawan saya ada titipkan kata-kata semangat cakap, tak apa sikit lagi nak habis dah. Nazim masih mengekalkan hubungan akrab dengan rakannya walaupun sudah bertukar kursus. "Ada juga yang cakap nanti tahun depan saya konvokesyen giliran mereka pula datang, siap ada yang sebut nak bawa bunga satu lori. "Saya sekarang tengah semester akhir, lagi dua bulan nak habis, kalau semua berjalan lancar InsyaAllah pada Februari tahun 2024," ujar Nazim. Nazim berkata dia memerlukan semangat dan kudrat yang kuat dalam diri untuk menghabiskan semester akhir pengajian memandangkan sudah ketiadaan rakan-rakannya. "Saya dan kawan walaupun berbeza kursus, tapi kami masih keep in touch dan berhubung antara satu sama lain, merekalah sistem sokongan saya waktu zaman belajar ni. Nazim menghargai persahabatan dengan rakan-rakannya. "Makan tengah hari dan malam malam sekali, lepak dan keluar hiking bersama, saya rasa 'hidup' diri saya waktu itu. Sekarang tinggal saya seorang je di kampus ni, kawan lain sudah melangkah ke alam dewasa. "Itulah struggle saya untuk hadap semester akhir ni, tak mengapa la, lagi dua bulan je kan, saya kena kuat. "Kawan dalam kursus perakaunan ni ada je tapi tak sama dengan kawan saya daripada batch asasi dulu," kata Nazim menutup bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube