suria

Rider rugi RM77 dipermainkan ‘amoi’! Order udang tapi tak muncul, rupanya lokasi panas scam order

Seorang penghantar makanan menunggu pelanggan di luar bangunan kediaman residensi.

KES penghantar makanan menjadi mangsa kepada pelanggan yang membuat pembayaran secara tunai bagai tidak berkesudahan.

Terbaharu, seorang pemuda meluahkan kemarahan apabila pelanggan yang membuat pesanan tidak muncul di lokasi yang ditetapkan.

Menurutnya, pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu membuat pesanan makanan mencecah harga RM77.

Menerusi satu video yang tular di laman sosial, dia meluahkan kemarahannya di luar bangunan kediaman residensi di Kuala Lumpur.

“Aku dah la nak pakai duit, memang si*l lah. Aku kena scam order.

“Kalau korang dapat order di sini, korang janganlah ambil. Mana-mana geng rider tu jangan hantar sini, semua scam order kat sini,” luahnya dalam rakaman berdurasi 27 saat.

Penghantar makanan mencari rezeki untuk menyara kehidupan. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut, kata penghantar makanan itu, pelanggan terbabit merupakan seorang perempuan,dipercayai masih muda.

Order tak nak kalah dia. Udang harimau masak apa entah kat kedai Cina tu. Kalau KFC ke sedap juga saya bedal makan.

“Saya ‘koyak’ sebab dapat call dia tadi, siap bagi gambar amoi (panggilan kepada gadis Cina) lagi,” katanya dengan nada kesal.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempah COD tapi minta tangguh bayar ‘online’, bagi alasan sibuk cuci berak ayah... Rupanya taktik scammer nak makan popia, kek percuma!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan makan sedap, bayar guna syiling buruk! Rider patah balik, tekan loceng sampai ke sudah tak buka pintu

Namun dia akur, kejadian ditipu dan kena sidai (dibiar menunggu lama) merupakan sebahagian daripada dugaan yang terpaksa dihadapinya ketika mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Pada masa sama, dia bertegas dan menasihati penghantar makanan lain agar tidak terjerat dengan penipuan wanita berkenaan yang membuat pesanan dari kediaman bertingkat itu.

Sebab tu tak setuju untuk order cash ni dan biar semua bayar online.

NETIZEN

Lebih mengejutkan, pemuda itu dimaklumkan bahawa bukan dia seorang sahaja yang teraniaya apabila terdapat banyak makanan yang tidak dituntut pelanggan.

“Hati-hati geng rider, scam order kat situ. Jangan ambil order kalau dapat sini. Aku kena scam cash RM77. Orang tu dari pagi scam, order penuh makanan scam kat atas meja guard dia buat,” katanya lagi.

Seorang pemuda menasihatkan penghantar makanan supaya berhati-hati apabila menghantar pesanan. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan penghantar makanan tersebut dan mengutuk sikap tidak berhati perut pelanggan kerana menyusahkan orang yang mencari rezeki.

“Tadi pun sama juga ada rider hantar sini. Pelanggan tu tak turun, kasihan kat abang tu.

“Zalimnya manusia scam order ni. Tak sanggup la aku buat orang lain macam tu. Apa kau dapat jadi zalim macam tu?

“Kasihan abang ni. Ya Allah, semoga rezeki abang esok bertambah 100 kali ganda.

“Sebab tu tak setuju untuk order cash ni dan biar semua bayar online. Nak scam ke apa rider selamat,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain