SETIAP pelajar universiti atau kolej perlu menjalani latihan industri atau praktikal sebelum menamatkan pengajian mereka. Dalam fasa itu, mereka diajar untuk mendalami bidang yang diceburi, sekali gus dapat mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Namun, seorang pelajar perempuan mendedahkan dia berdepan pengalaman berbeza sewaktu menjalani praktikal di sebuah syarikat. Tempat kerja sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk setiap individu. -Gambar hiasan AZHAR MAHFOF/The Star Menerusi pendedahan tanpa nama di Twitter, pelajar itu mengakui terlanjur dengan seorang senior ketika mereka bekerja sehingga lewat malam. "Pernah terlanjur dengan senior yang juga eksekutif saya waktu intern. Pada pandangan semua orang, dia adalah lelaki sangat baik, selalu ke masjid berjemaah. "Dia selalu post tentang agama, dekat tempat kerja pendiam, tak rapat dengan perempuan. Senang cerita memang tak dengar apa-apa benda buruk tentang dia. Semuanya baik saja. Hati saya tak boleh nak terima hakikat sebab awalnya dia bagi harapan setinggi Gunung Everest tapi akhirnya dia leburkan segalanya macam besi cair. PELAJAR PRAKTIKAL "Satu malam ada diskusi tentang pembentangan esok, waktu itulah bermulanya terlanjur," dedah gadis itu menerusi luahan di laman X. Apa yang mengecewakan gadis itu, dia mendakwa pemuda tersebut mula berubah sikap selepas mereka berdua menjalinkan hubungan terlarang. Lebih mengejutkan, pemuda tersebut turut mengaku bahawa dia sebenarnya lebih meminati rakan kepada gadis itu. ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja engineer kuat seks, isteri cari madu sebab tak larat layan! Gaji 18K, tiada masalah bagi elaun 3K sebulan ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘jual’ isteri di media sosial, tawar khidmat seks ketika hamil! Ada yang berminat, tapi nak tunggu perut besar sikit "Lepas dia dah dapat apa yang dia nak, dia mengakui dia sebenarnya sukakan kawan saya. Dia cakap dia hanya nak fun dengan saya dan kami berdua ada dua tujuan berbeza. "Saya dah serahkan segalanya pada dia dan sekarang dia layan saya dingin. Saya jumpa akaun Twitter dia, 99.99 peratus following dia adalah akaun dark side (DS). "Dia ada beritahu yang dia nak kahwin tahun depan. Hati saya tak boleh nak terima hakikat sebab awalnya dia bagi harapan setinggi Gunung Everest tapi akhirnya dia leburkan segalanya macam besi cair," luah gadis itu lagi. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberi nasihat kepada gadis itu agar menjaga maruah dan melupakan dosa yang telah dilakukannya. Tempoh praktikal perlu dimanfaatkan sebaiknya sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam kerja. -Gambar hiasan AZHAR MAHFOF/The Star Pada masa yang sama, beberapa netizen turut menyelar sikap segelintir lelaki miang yang gemar berselindung di sebalik imej agama serta bersikap pendiam di hadapan khalayak. "Dari awal aku baca pun laki ni selalu pergi masjid, post pasal agama aku dah tak percaya. Lelaki jenis pendiam macam ni sebenarnya imposter. "Jantan macam ni bahaya. Diam-diam di luar tapi dalam macam la**nat. Berhati-hati, dia pakai topeng je untuk nampak baik. "Move on la dik. Jangan rosakkan hidup melayan kehendak hati. "Lain kali jangan mudah sangat percaya kat lelaki," pesan beberapa pelayar X buat gadis itu. Sebagai peringatan, perbuatan zina adalah haram di sisi agama dan semua umat Islam perlu menjauhinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube