suria

Solat bawah tangga ketika 'outstation' di Switzerland, officemate datang tegur - “Jawapannya sampai sekarang aku ingat”

Seorang lelaki terbuka mindanya selepas menunaikan solat fardu di Switzerland. -Gambar hiasan

DI mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Ungkapan di atas mengingat kita supaya menghormati dan mematuhi adat resam tempat yang dikunjungi.

Namun, menghormati budaya dan adat resam kaum lain perlulah dilakukan berpada-pada kerana bagi orang Islam, agama tetap menjadi pegangan dan garis panduan walau di mana sahaja kita berada.

Solat fardu diwajibkan ke atas setiap Muslim.

Melalui satu perkongsian di laman X, seorang lelaki menceritakan pengalamannya merantau atas urusan kerja ke Switzerland.

Menurut lelaki itu, ketika di sana, dia menyedari sesuatu tentang kepentingan menjaga kewajipan agama seperti solat fardu lima waktu meskipun dikelilingi mereka yang bukan beragama Islam.

"Masa tu kali pertama aku dihantar outstation ke Switzerland, first day masuk bekerja, aku solat dekat bawah tangga di aras bawah tanah pejabat (basement).

ARTIKEL BERKAITAN: Solat di airport Los Angeles, wanita nikmati hikmah bermusafir... Kanak-kanak mat salih tunjuk sesuatu tanpa disangka

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ada misi, solat Subuh berjemaah di masjid selama 30 hari... Dapat sesuatu tak pernah dirasai sepanjang hayat

"Tempat tu bersebelahan dengan bilik persalinan baju, untuk mereka yang nak beriadah waktu lunch atau selepas bekerja. Surau memang tak ada sebab dekat tempat tu orang Melayu cuma ada lima orang je daripada 25,000 orang pekerja.

"Manakala yang Muslim pun kebanyakannya berbangsa campuran Turkiye dan Switzerland atau orang Jerman, yang mana mereka tak berpegang sangat dengan ajaran.Islam," jelas lelaki tersebut.

Ternyata gerak-geri lelaki itu yang menunaikan solat di tempat tersembunyi diperhatikan dan menimbulkan persoalan dalam kalangan rakan sepejabatnya.

Saya pun pernah bekerja di luar negara, Alhamdulillah syarikat tu tukarkan satu bilik mesyuarat jadi surau sementara untuk saya solat.

WARGA MAYA

"Mungkin ada yang perasan aku solat tu, keesokan harinya, ketika tengah bersembang waktu rehat, tiba-tiba ada rakan sepejabat ni datang tanya dalam bahasa Inggeris, awak bersembahyang ke, kenapa tak buat dekat hotel?

"Aku pun terangkan yang kita solat kena ikut time dan bukan boleh suka-suka solat," kata lelaki itu.

Sejak itu, berlaku satu perubahan yang memberikan pengajaran bermakna kepada lelaki tersebut.

"Rakan sepejabat aku tu faham dan dia suruh aku tempah satu bilik mesyuarat untuk aku solat di situ. Kemudian dia cakap kepada aku, dia lebih menghormati aku berbanding rakan sepejabat Muslim lain yang dia pernah jumpa sebelum ni.

Warga maya menunjukkan bilik mesyuarat yang dijadikan surau sementara.

"Aku pun pelik dan bertanya mengapa, katanya awak tak minum (arak), awak menjaga apa yang awak makan dan sekarang saya nampak awak sembahyang.

"Dia pun sebut, macam mana dia nak menghormati seseorang itu kalau individu berkenaan sendiri tidak menghormati hubungannya dengan tuhan. Jawapan tu sampai sekarang aku ingat

"Jadi pengajarannya di sini, pastikan ada jati diri dan pegang agama kuat-kuat, barulah anda akan dihormati orang sekeliling, itulah apa yang aku boleh perhatikan," ujarnya menutup bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berkongsi pengalaman sama ketika berada di negara bukan Islam.

Warga maya berkongsikan kisah masing-masing.

"Inilah kekuatan iman yang sebenar-benarnya, saya pun pernah bekerja di luar negara, Alhamdulillah syarikat tu tukarkan satu bilik mesyuarat jadi surau sementara untuk saya solat.

"Sama juga di tempat saya, saya pelajar di sebuah universiti luar negara, saya biasa solat dekat bawah tangga beralaskan kotak yang dileperkan atau jaket.

"Kalau waktu tengah perbincangan dalam perpustakaan, saya akan minta kebenaran daripada kawan-kawan yang bukan Muslim kalau saya boleh terus solat di situ.

"Kebiasaannya mereka memahami dan lama-kelamaan mereka sendiri yang akan ingatkan saya untuk solat," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain