suria

Buka gerai jam 5 pagi, terkejut ada tanah kubur! Jumpa bunjut kuning selepas ustaz beri petunjuk melalui telefon

Syed berkata gerainya ditabur tanah kubur dan dihantar bungkusan kuning, dipercayai bertujuan tidak baik.

USAHAWAN Syed Muhammad Shah Hasif mendakwa gerai makanan miliknya ditabur dengan tanah kubur, dipercayai bertujuan menjatuhkan perniagaannya.

Menurut Syed, dia turut menemui bungkusan misteri berwarna kuning yang disorokkan di kawasan semak, berhampiran tapak gerainya yang terletak di Bukit Kapar, Klang, Selangor.

"Kali ini tanah kubur pula. Lepas tu tadi terjumpa bungkusan bunjut kuning. Nauzubillah. Tadi ada tunjuk ustaz yang beli makanan di gerai kami. Dia kata memang tanah kubur tu.

syed01

Gerai makanan yang diusahakan pasangan ini terletak di Bukit Kapar.

"Lepas tu ada seorang lagi ustaz beritahu melalui telefon, katanya ada orang letak sesuatu di sebalik semak pokok tepi gerai kami. Saya selak semak-semak tu, memang betul ada bungkusan kuning.

"Pukul 5 pagi staf saya sampai tapak, terus tunjuk kepada saya keadaan gerai penuh dengan tanah kubur," ujar Syed, pada Ahad.

Menurut Syed yang juga bapa kepada dua cahaya mata, ini bukan kali pertama gerai miliknya berdepan ancaman dipercayai daripada musuh-musuh perniagaan.

Sumpah sedih sangat, serius sumpah sangat sedih dengan kejadian yang berlaku kepada kami.

SYED MUHAMMAD SHAH HASIF

"Hari tu staf saya kena serang dengan peniaga lain, kemudian peniaga-peniaga berlainan lorong dan lokasi pun ada yang datang dan kacau perniagaan.

"Tapi kami tetap kena kuat sebab kami mencari rezeki yang halal. Kami pun tak ganggu perniagaan orang lain. Walaupun saya rasa sedih sangat hari ini.

"Terima kasih banyak orang Meru, Kapar dan Bukit Kapar sebab hari-hari support bisnes kami. Terima kasih sangat. Anda semua penguat semangat kami," ujar Syed yang memiliki lebih setengah juta pengikut di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati isteri lihat gumpalan rambut dalam laksa... Usahawan ‘penat’ 2 kali rebus tetap ada, netizen cadang buat ujian DNA

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah lembik, tetap pakai heels ziarah kubur bapa mentua! Hanya suami yang faham, anggap isteri insan hebat

Menerusi video TikTok pada Ahad yang meraih hampir 200,000 tontonan, Syed dilihat sedang menghidu tanah kubur yang ditabur di atas kaunter gerainya.

Dia yang ditemani isteri serta seorang staf kemudian mengambil sebatang penyapu untuk membersihkan tanah berkenaan.

"Sumpah sedih sangat, serius sumpah sangat sedih dengan kejadian yang berlaku kepada kami. Tak habis-habis orang asyik nak aniaya kami.

"Baru-baru ni ada orang serang staf saya, ada peniaga macam tak puas hati kami buka perniagaan kat sini. Kami pun tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih banyak sebab masih ramai support kami," ujar Syed lagi.

2326239

Syed dan isteri pernah menjumpai gumpalan rambut di dalam laksa.

Menurut Syed, gerai yang teletak di hadapan Masjid At-Taqwa Bukit Kapar itu menyediakan makanan seperti nasi lemak, laksa, nasi ayam serta aneka kuih.

Baru-baru ini, Syed dan isterinya turut meraih perhatian netizen selepas mereka menemui gumpalan rambut manusia di dalam laksa yang direbus untuk jualan.

Menerusi video tular itu, Syed berkata dia kecewa dengan insiden berkenaan dan mendakwa ia berkait rapat dengan hasad dengki pihak tertentu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain