suria

Suami gaji RM1,500, isteri sabar bersusah! Ikat perut tengah bulan, anak seolah faham tak kisah makan bubur kosong

Peningkatan kos sara hidup menyebabkan ramai keluarga terkesan. -Gambar hiasan

SEORANG suri rumah meraih perhatian netizen di laman X apabila dia mendedahkan suaminya hanya dibayar gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, perubahan sistem di tempat kerja menyebabkan gaji suaminya semakin berkurang, ditambah lagi dengan pelbagai komitmen bulanan.

"Saya suri rumah sepenuh masa. Suami kerja gaji RM1,500 sebulan. Sebelum ini gaji RM2,300 sebab ada overtime (OT). Tapi selepas raya, OT tempat kerja suami dihentikan.

Story on the rising food cost effective July 1, 2022. A women packing grocery items into the fridge. — FAIHAN GHNI/The Star

Isteri yang baik akan setia di sisi suami walau terpaksa hidup susah. -Gambar hiasan

"Gaji yang RM1,500 sekarang ni berkurang sebab tolak advance, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan bil elektrik.

"Sejak itu, suami saya macam serabut memikirkan duit nak sampai hujung bulan. Sebelum ni saya selalu minta belanja nak shopping dekat Shopee, sekarang tidak ya sebab aku faham situasi dia," ujarnya.

Menurut pengadu, kos sara hidup turut meningkat apabila mereka mempunyai seorang cahaya mata yang kini berusia setahun sembilan bulan.

Tak minta untuk hidup mewah, cuma mahukan sentiasa cukup sampai hujung bulan.

ISTERI

Sampai satu tahap katanya, dia dan suami terpaksa menjual barangan dalam rumah untuk mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan.

"Kami ada seorang anak perempuan. Selalu juga belikan baju dan mainan untuk anak. Tapi sekarang kami dah tak beli baju atau mainan untuk dia. Kami sampai jual telefon, sofa dan barang emas sebab nak sara hidup ni.

"Saya okay je, InsyaAllah boleh terus memahami suami. Cuma saya kesian tengok suami serabut fikirkan nak belikan saya dan anak itu ini. Kadang belum sampai hujung bulan kena catu makanan. Nasib baik anak okay je makan bubur kosong tiap hari," ceritanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji 10K cuma beri nafkah RM500 selepas suruh isteri ada degree resign! Suri rumah senasib tampil kongsi taktik ‘kikis’ duit pasangan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja engineer kuat seks, isteri cari madu sebab tak larat layan! Gaji 18K, tiada masalah bagi elaun 3K sebulan

Tambah wanita itu, dia pernah meluahkan hasrat untuk bekerja bagi membantu ekonomi keluarga, namun suaminya tidak memberi keizinan.

Enggan berputus asa, wanita itu berkata dia kini mahu berjinak-jinak dengan perniagaan dengan harapan nasib mereka dapat berubah tidak lama lagi.

"Saya nak kerja tapi dia tak bagi. Sekarang saya tengah cuba join kakak ipar buat bisnes. Harap saya boleh tolong suami sikit. Saya bangga je dengan suami walaupun dia kerja biasa dan gaji tak besar.

"Minta suami doakan ya. Saya nak suami saya gembira tanpa serabut memikirkan mana nak cari duit untuk sara hidup kami yang sederhana ni. Tak minta untuk hidup mewah, cuma mahukan sentiasa cukup sampai hujung bulan," ujar wanita itu lagi.

(Story on kids are not allow to go out during this pendemic MCO. Pictures on kids at the door saying bye to his father or mom while the background of kids waving to him with silhouette. Another angle will be passing a mask to his father or helping him to weak the 2 layer mask properly (3 ply inside and cloth outside) while he is going out to work of buying grocery. All the pictures need to be inside home. (8/6/2021) Stapic by Kamarul Ariffin

Ramai ibu bapa berdepan cabaran membesarkan anak ekoran keadaan ekonomi hari ini. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, netizen memuji wanita itu yang sanggup berusah-payah menjalani kehidupan dengan suaminya, malah ramai yang turut mendoakan rezeki mereka sekeluarga.

"Semua perempuan ada otak. Tapi tak ramai yang menggunakannya macam kakak ini. Tahniah akak.

"See guys, masih ada ya perempuan yang boleh susah senang dengan lelaki. Tak semua perempuan mata duitan.

"Isteri idaman ni. Tak mengeluh malahan membantu bebanan suami," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain