suria

Lelaki jijik raba kemaluan sendiri dalam lif... Seluk seluar depan gadis! - “Saya menggigil, baca macam-macam doa”

Seorang gadis berkongsi pengalaman menggunakan lif. -Gambar hiasan

GANGGUAN seksual boleh berlaku di mana sahaja pada bila-bila masa.

Malah individu yang tidak bermoral nampaknya semakin berani melakukan perbuatan itu meskipun terdapat kamera litar tertutup (CCTV).

Begitulah yang dialami seorang gadis apabila diganggu seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada di dalam lif.

Menurut gadis itu, ketika kejadian dia baru pulang daripada berjumpa abangnya dan mahu menaiki lif untuk balik ke rumah sewanya di sebuah kediaman bertingkat.

Tanpa memperincikan waktu kejadian, dia bagaimanapun mula berasa tidak sedap hati ketika berada di dalam lif.

“Masa tekan butang lif kat rumah sewa saya, ada seorang lelaki ni dengan pandangannya yang pelik. Saya terpandang dia sebab masa tu dia pun macam nak tekan butang lif.

“Kemudian pintu lif terbuka, dan kami sama-sama menaiki lif dan kami berdua je dalam lif ketika itu,” katanya menerusi satu luahan di laman X.

Seorang lelaki cuba melakukan perbuatan tidak senonoh. -Gambar hiasan

Tanpa disangka-sangka lelaki itu kemudian datang berdiri di hadapannya sebelum melakukan sesuatu yang tidak pernah dibayangkan selama ini.

“Dia tiba-tiba berdiri menghadap saya. Saya buat tak tahu je. Lepas tu dia masukkan tangan dia dalam seluarnya,” ujarnya yang merujuk kepada perbuatan lelaki itu seperti sedang meraba alat sulit sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia mati-mati tak mengaku, siap sumpah!” – Wanita mangsa gangguan seksual guna ‘senjata’ akhir, remaja rakam gambar dalam tandas kantoi

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena gangguan seksual dalam masa 24 jam, jerit pun tak guna... wanita ini sedar sikap orang sekarang - “Penumpang lain hanya tengok ‘drama’ saja”

Menurut gadis itu dia bagaimanapun hanya memandang pada nombor lif dan berharap agar segera tiba ke rumah selain cuba untuk menahan diri meskipun dalam ketakutan.

“Sumpah saya menggigil dan terlalu terkejut untuk berbuat apa-apa. Saya hanya pegang bagasi kalau dia tiba-tiba datang dekat. Kalau ya, memang nak campak (bagasi) dan lari walaupun dalam lif tak boleh lari pun,” tambahnya.

Ia berlaku pada saya dan tak mustahil ia boleh terjadi pada sesiapa.

GADIS

Lebih menakutkan apabila lelaki berkenaan bertindak mengeluarkan tangan daripada seluar dan kelihatan terdapat cecair di tangannya dipercayai dari kemaluannya.

“Saya nampak macam ada air dan dia bau tangannya. Sumpah saya menggigil dan baca macam-macam jenis doa. Sebaik pintu buka je, saya terus keluar dari lif dan lari,” katanya.

Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana tiada sebarang kejadian buruk yang berlaku selepas itu, namun peristiwa tersebut benar-benar menghantuinya.

Gadis berkenaan masih dalam keadaan trauma. -Gambar hiasan

Jelasnya lagi, kawasan perumahannya banyak dipasang CCTV dan terdapat kamera pengawasan itu di dalam lif yang dinaikinya bersama lelaki misteri itu.

Malah katanya, terdapat skrin di lobi yang menayangkan rakaman CCTV di dalam lif dan semua pergerakan dan perbuatan boleh dilihat oleh semua orang.

“Orang kat lobi rumah saya boleh nampak sesiapa di dalam lif! CCTV tidak hentikan orang yang gila daripada menjadi gila. Dia nampak macam orang ambil dadah.

Girls, yang naik lif tak kisah kat mana-mana, tolong berhati-hati. Sekurang-kurangnya ada alat sebagai ‘senjata’ untuk mempertahankan diri sebab anda tidak akan tahu bila anda perlukannya.

“Ia berlaku pada saya dan tak mustahil ia boleh terjadi pada sesiapa,” katanya yang mencadangkan penggunaan seperti penyembur lada atau alat penggera sebagai langkah keselamatan.

Sebagai peringatan, gangguan seksual merupakan perbuatan jenayah dan boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dan denda tau kedua-duanya sekali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain