suria

Pemuda Indonesia terkejut orang Malaysia tak berebut tempat duduk dalam MRT, berbeza dengan Jakarta!

Seorang pemuda Indonesia berkongsi pengalaman menaiki MRT di Kuala Lumpur. -Gambar kanan AZMAN GHANI/The Star

SELAIN destinasi percutian yang memukau dan keenakan makanan, tentunya budaya dan kepelbagaian budaya di Malaysia menjadi perhatian masyarakat di seluruh dunia.

Bukan sahaja mat salih dan minah salih dari negara-negara Barat memuji negara ini, malah warga dari negara jiran turut tidak terkecuali kagum dengan sikap orang tempatan.

Buktinya, seorang pemuda dari Indonesia menerusi perkongsian video di laman sosial memuji sikap dan keramahan rakyat Malaysia ketika menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

MRT AZHAR MAHFOF

Ramai menggunakan MRT sebagai mod pengangkutan harian. -Gambar AZHAR MAHFOF/The Star

Dia yang merupakan pengguna setia pengangkutan awam berkongsi cerita mengenai pengalamannya ketika menaiki tren pulang dari tempat kerja, beberapa hari lalu.

Menurut pemuda yang sudah dua tahun bekerja di Malaysia tersebut, terdapat pasangan suami isteri yang menaiki MRT ketika itu dan kedua-duanya terpaksa berdiri di dalam tren yang bersesak dengan ramai penumpang.

“Ada pakcik, makcik suami isteri naik MRT. Tempat duduk penuh, jadi mereka berdiri. Tidak lama kemudian ada penumpang yang menawarkan mereka untuk duduk.

“Tapi pakcik ni kata tak apa, biar dia dan isteri berdiri saja. Dekat saja, lagi tiga stesen nak sampai,” katanya yang mengimbas kembali kejadian yang berlaku di depan matanya.

MRT Low Boon Tat

Orang ramai menggunakan MRT ketika waktu puncak. -Gambar LOW BOON TAT/The Star

Menurut pemuda itu lagi, individu yang menawarkan tempat duduk tersebut bagaimanapun bingkas bangun dan tetap mahu menyerahkan ruang berkenaan kepada pasangan warga emas tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlompat-lompat sambil nyanyi lagu Purnama Merindu! Pemuda Indonesia tak keruan tengok rumah Siti Nurhaliza... ‘Posing’ sakan depan pagar

ARTIKEL BERKAITAN: TikToker Indonesia teruja sampai KLIA2, tak percaya airport Malaysia macam shopping mall... Ramai sangka jumpa Billie Eilish dalam H&M

“Yang tawar tempat duduk tadi segan untuk duduk lagi dan akhirnya tempat duduk jadi kosong. Keadaan itu membuatkan saya terdiam dan kagum melihat apa yang terjadi.

“Anak muda ini respek sama orang tua, malah bersikap prihatin. Manakala orang tua pula tidak mahu menyusahkan orang kerana masih boleh berdiri. Wow, begitu tenang,” ujarnya penuh kagum.

Anak muda respek orang tua, bersikap prihatin. Orang tua pula tidak mahu menyusahkan orang.

PEMUDA INDONESIA

Malah katanya lagi, tidak ada kekecohan atau keriuhan yang berlaku, malah tiada juga penumpang yang mahu berebut tempat duduk ketika itu.

“Kalian tidak akan menemukan hal itu di sini (Malaysia),” jelasnya berdasarkan pemerhatiannya mengenai sikap masyarakat di Kuala Lumpur.

MRT AZMAN GHANI

Keadaan tenang dan teratur di dalam MRT. -Gambar AZMAN GHANI/The Star

Pemuda itu bagaimanapun mendakwa, keadaan berbeza di Jakarta, Indonesia apabila kebanyakan penumpang berebut tempat duduk di dalam pengangkutan awam.

“Di Jakarta di dalam tren, jika ada satu tempat duduk pasti ada yang berebut. Bahkan ada yang disuruh bangun dan berdiri kerana mereka mahu duduk di situ.

“Ada saja kejadian sama ada lelaki atau perempuan, pakcik atau makcik yang berlaku di dalam tren. Saya faham jumlah penduduk yang sangat padat di Jakarta,” tambahnya.

Bukan mahu memburukkan keadaan di tanah airnya sendiri, sebaliknya dia sekadar mahu berkongsi tentang sikap yang dipamerkan oleh pengguna pengangkutan awam di Malaysia.

“Apa yang saya mahu sampaikan adalah cara dan sikap orang di sini (Kuala Lumpur) dan di sana (Jakarta) adalah berbeza.

“Kenapa? Apa yang diajar pada orang-orang di Malaysia sehingga boleh (bersikap) seperti itu?” kata pemuda itu lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain