SEIRING dengan peredaran zaman, teknologi juga pantas berkembang pesat. Antara gajet yang menjadi kayu ukur kepada perkembangan itu tentunya telefon pintar kerana ia merupakan satu keperluan dalam kehidupan digital masa kini. Peranti komunikasi ini dilihat berevolusi setiap tahun dengan syarikat elektronik berlumba-lumba melancarkan model baharu yang lebih canggih daripada yang sebelumnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Namun, melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita mendedahkan ayahnya teguh pendirian untuk memiliki telefon nostalgia iaitu Nokia 3310. Bercerita lanjut kepada mStar, Nor Suraya Shohime, 27, berkata bapanya menolak setiap telefon pintar yang mempunyai skrin sesentuh dan hanya mahukan telefon dengan papan kekunci. "Baru-baru ni phone Nokia kesayangan abah rosak, dah tak boleh on. Abah dah pakai phone tu dekat lima tahun sebelum ni, dia sebenarnya ada je smartphone Android tapi dia jarang guna. ARTIKEL BERKAITAN: Tukar iPhone setiap tahun sebab minat! Hak masing-masing, hutang tanggung sendiri - “Kenapa sibuk hal orang?” ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini kesat air mata sambil suap piza, hidup 28 tahun tak pernah makan sedap... Netizen pula pelik nampak iPhone atas meja "Satu benda tentang ayah saya ni, dia memang tak minat nak bermesej secara elektronik walaupun kami dah ajar, dia akan call je kalau ada apa-apa urusan. "Sebab tu dia tak rasa ada keperluan untuk memiliki smartphone, yang Android tu pun dia simpan je dekat rumah tak bawa keluar. Phone Nokia juga yang sentiasa ada dalam poketnya. "Phone Android tu akan digunakan kadang-kadang kalau abah nak tengok video TikTok atau YouTube," kata Suraya yang merupakan pengusaha restoran Lapaq_ka? di Kodiang, Kedah. Kami pergi sampai empat kedai di sekitar Alor Setar nak cari phone Nokia tu. NOR SURAYA SHOHIME Tambah Suraya lagi, ayahnya yang senang disapa Cik Mie atau nama sebenarnya Shohime Yaakob, 59, merupakan seorang pesawah. "Lumrah kalau bekerja di bendang ni kita jadi lasak dan masuk ke kawasan berlecak. Sebab tu abah suka telefon Nokia ni, tahan kalau terjatuh atas tanah atau termasuk air sekalipun. "Berbanding smartphone yang biasa kita guna ni, 'manja'... terhentak sikit pun dah boleh meragam. Itulah sebabnya apabila nak ganti phone baru untuk abah, dia nak yang Nokia juga," jelas Suraya. Namun begitu, Suraya mengakui sedikit sukar untuk mencari telefon Nokia seperti yang diminta bapanya kerana rata-rata sudah lesap ditelan arus pemodenan. Cik Mie bekerja sebagai pesawah di Kedah sebagai negeri jelapang padi. "Kami pergi sampai empat kedai di sekitar Alor Setar, Kedah nak cari phone Nokia tu. Tiga kedai pertama kami masuk semua cakap dah tak jual phone Nokia macam tu. "Untuk telefon keypad (papan kekunci) pula, kalau ada pun jenis yang lengkap dengan kamera dan ada WhatsApp, abah tak nak yang macam tu, dia nak yang basic je. "Kedai keempat kami pergi baru ada hasil, mulanya saya cakap dekat orang kedai tu nak telefon keypad yang biasa, tapi mereka cadangkan juga smartphone Android. "Selepas saya jelaskan baru mereka cuba cari phone yang macam abah minta tu dan akhirnya nasib baik ada, phone betul-betul kosong," kata Suraya. Suraya (tengah) bergambar bersama ibu bapanya ketika hari konvokesyen. Sementara itu menjawab persoalan seorang netizen tentang mengapa dia tidak menggunakan platform e-dagang jika sedang mencari produk yang spesifik, Suraya berkata dia punya alasan tersendiri. "Ada yang tanya dekat komen kenapa tak cari je dekat Shopee, tak boleh sebab abah kalau dia dah bayar untuk suatu benda tu, dia nak terus nampak barang tu depan mata. "Dia tak mahu menunggu untuk posting semua tu. Jadi itulah sebab kami kena keluar juga beli phone keypad tu dekat kedai," ujar Suraya. Tambah Suraya, keceriaan jelas terpancar di wajah bapanya selepas telefon yang diidamkan berjaya dibeli bagi menggantikan peranti lama yang sudah rosak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube