suria

Pemuda ketagih seks terkam budak perempuan di pasar malam! Pernah ugut nak bunuh ibu gara-gara tak dapat duit langgan pelacur

Seorang lelaki cuba untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral. -Gambar hiasan / Freepik

KERANA ketagihan yang luar biasa, seorang anak lelaki tergamak mengugut untuk membunuh ibu kandungnya sendiri sekiranya permintaannya itu ditolak.

Namun pemuda tersebut bukan menagih dadah, sebaliknya ketagih untuk memuaskan nafsu sendiri sehinggakan pernah memburu mangsa di tempat awam.

Hal ini dikongsikan seorang doktor berdasarkan pengalamannya sewaktu bertugas di sebuah hospital.

Menurut Dr Shazwanie Azeera Soberi, ketika itu dia bertugas di jabatan kecemasan dan kakak pesakit membawa adik lelakinya ke hospital.

Ketagihan menonton bahan pornografi. -Gambar hiasan

Ia susulan kejadian di mana pesakit ditahan orang awam kerana menyerang seorang kanak-kanak perempuan di pasar malam.

“Dia pergi serang budak perempuan kecil, dia nak budak tu. Orang ramai terus kerumun dia dan tahan,” cerita Dr Shazwanie menerusi video yang dikongsi di laman sosial.

Mengenai sejarah pesakit itu, kata Dr Shazwanie, kakak pesakit memaklumkan adiknya menganggur dan hanya tinggal di rumah bersama arwah ibu mereka ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketagih porno sejak remaja, lelaki jijik dengan diri sendiri tapi tak mampu berhenti - “Menyesal. lepas tu tengok balik”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kesal suami ketagih seks, tergamak tukar foto tak senonoh dengan bini orang

Namun,kakaknya mendedahkan adik lelakinya mempunyai ketagihan seksual dan sering menonton bahan pornografi di rumah.

“Dia duduk di rumah hanya melayan porno. Masa mak dia hidup, dia pergi ‘melanggan’ (pelacur). Sejak zaman sekolah lagi dia ‘melanggan’.

“Sepanjang hari dia hanya melayan laman-laman web pornografi, dia ‘melayan’ diri dia sendiri. Sampai dia nampak orang-orang kat luar pun dia berimaginasi,” katanya.

Sukar untuk mengawal diri kerana ketagihan. -Gambar hiasan / Freepik

Dr Shazwanie berkata, keadaan yang dialami pemuda itu menyebabkan satu ketagihan yang tidak terkawal yang akhirnya memudaratkan dirinya.

Difahamkan, kali terakhir pesakit berkenaan ‘melanggan’ wanita akibat ketagihan anehnya adalah sewaktu ibunya masih hidup.

“Dia selalu minta duit dekat mak dia untuk pergi melanggan wanita. Mak dia bagi sebab dia ugut nak bunuh mak dia.

“Jadi mak dia takut dan terpaksa bagi duit. Sampailah mak dia meninggal dunia, barulah dia tak dapat benda tu.

Ada sebab kita tak boleh buat benda tu, benda ini. Bukan saja-saja Allah menetapkan ‘peraturan’ kepada kita semua.

DR SHAZWANIE AZEERA SOBERI

Menurut Dr Shazwanie lagi, pesakit berkenaan juga pernah menceritakan apa yang dilakukan terhadap wanita-wanita yang dilanggannya secara terperinci.

“Ia sangat menjijikkan. Dalam satu hari tu, banyak juga dia melayan diri dia. Keadaannya macam tidak terurus,” katanya.

Seorang lelaki mengalami kemurungan akibat ketagihannya. -Gambar hiasan / Freepik

Akibat ketagihan itu, pemuda itu dimasukkan ke wad psikiatri untuk menjalani rawatan.

“Ada sebab kita tak boleh buat benda tu, benda ini (perkara yang dilarang dalam agama). Bukan saja-saja Allah menetapkan ‘peraturan’ kepada kita semua.

“Buat dosa tu memang seronok sampai terbuai-buai, rasa benda tu simple bukan dosa. Tapi benda tu tak elok.

Dr Shazwanie bagaimanapun menegaskan perkongsiannya bukan mahu menghukum pesakit itu, sebaliknya memupuk kesedaran tentang risiko dan keburukan daripada ketagihan aneh.

Bagi mengelakkan ketagihan seumpama itu, dia turut menasihat masyarakat supaya membuat kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran.

“Teruskan berbuat baik dan elakkan melakukan benda-benda aneh. Saya bukan judge pesakit ini buat dosa dan dibalas dengan masalah psikiatri. Tidak.

“Semoga Allah pelihara kita dari perkara yang memudaratkan. Amin,” katanya lagi di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain