suria

Suami pesara ‘gomen’ buat servis urut di rumah, kantoi songsang! Isteri kaget dengar pelanggan lelaki mengerang lain macam

Seorang lelaki menawarkan khidmat urutan sebagai pendapatan sampingan. -Gambar hiasan

KEHIDUPAN selepas persaraan mungkin membosankan bagi segelintir orang kerana tidak mempunyai rutin tetap.

Jika tiada motivasi diri, tentunya tertekan kerana setiap hari hanya melakukan perkara sama dan tidak produktif.

Namun bagi lelaki ini, dia menggunakan kemahirannya untuk melakukan aktiviti yang mendatangkan keuntungan dengan keizinan isteri.

Menurut si isteri, suaminya membuat keputusan untuk menawarkan khidmat sebagai tukang urut selepas bersara.

"Suami saya ni tukang urut sepenuh masa selepas bersara daripada kerajaan. Dia buat servis urutan di salah satu bilik di rumah.

"Mulanya saya okay untuk dia buat kerja tu sebab dia kata nak mengisi masa lapang dan tambah pendapatan," katanya sambil menambah ia sedikit-sebanyak dapat membantu menanggung anak-anak termasuk yang sedang belajar di universiti.

Pelanggan lelaki datang untuk mendapatkan khidmat urutan. -Gambar hiasan / Freepik

Bercerita lanjut, wanita itu bagaimanapun tidak menyangka di sebalik khidmat urutan yang ditawarkan kepada pelanggan lelaki, berlaku sesuatu tanpa diduga.

ARTIKEL BERKAITAN: BFF suami asyik nak berkepit! Tak puas jumpa di pejabat, malam ajak lepak pula... Netizen syak ada sejarah hubungan songsang

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak berasmara tapi jual mahal, rupanya isteri berselera songsang! Kantoi hantar mesej lucah dengan BFF

Kejadian berlaku ketika dia kurang sihat pada suatu hari dan membuat keputusan untuk pulang ke rumah awal dari tempat kerja.

"Apabila sampai di rumah, saya terdengar suara lelaki menjerit seperti menahan sakit diikuti dengan suara suami mendesah.

"Bunyi yang saya dengar ini lain, tidak sama ketika suami mengurut apabila saya ada di rumah," katanya.

Seorang wanita tidak dapat menahan sebak dengan dugaan yang menimpanya. -Gambar hiasan

Tidak sedap hati dengan apa yang didengarnya, wanita itu bergegas ke bilik urutan untuk memeriksa apakah sebenarnya yang berlaku.

"Kebetulan pintu bilik tidak berkunci. Sebaik buka pintu, saya terkejut nampak suami dan pelanggannya dalam keadaan tidak berpakaian.

Pekerjaan tukang urut tu tak salah. Yang salah apabila ada nafsu sesama jenis.

NETIZEN

"Tanpa berlengah lagi, saya terus menuju ke rumah keluarga anak sulung saya. Bermula daripada situ, saya memulakan proses penceraian. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan cara mudah.

"Ini nasihat kepada kaum hawa yang ada suami bekerja sebagai tukang urut. Saya baru bercerai di mahkamah pada bulan lepas sebab suami kantoi buat 'benda' tu dengan pelanggan lelaki dia," katanya lagi.

Seorang lelaki cuba melakukan sesuatu secara tertutup. -Gambar hiasan / Freepik

Di ruangan komen, luahan hati wanita itu meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

"Pekerjaan tukang urut tu tak salah. Yang salah apabila ada nafsu sesama jenis tapi dia pandai sorok-sorok.

"Dah pencen, anak dah siap berkeluarga lagi, baru terkantoi. Yang paling kasihan nanti tiba-tiba dia atau isteri ada sakit misteri. Padahal kesan daripada penyakit kelamin.

"Jadi tukang urut zaman sekarang memang banyak ujian. Kita memang straight, tapi kerap dapat pelanggan pelik-pelik. Bekas suami akak ni mungkin dapat pelanggan gay, lepas tu goda dia pula. Iman lemah, hanyut terus," komen netizen.

Sebagai peringatan, hubungan sesama jenis adalah dilarang dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain