suria

Selesa duduk atas riba Tunku Azizah, ibu bayi 6 bulan terharu Raja Permaisuri dukung anak... Sempat kongsi tip nak pakai lama baju romper

Tunku Azizah berkenan mendukung seorang bayi di sebuah restoran pada Sabtu.

PERTEMUAN yang tak disangka-sangka.

Seorang wanita meluahkan rasa teruja apabila dia dan keluarganya dapat bertentang mata dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baru-baru ini.

Menurut Nurhalieda Syakirah Nor Zulkefli, pertemuan itu menjadi lebih bermakna apabila Tunku Azizah turut berkenan mendukung bayi perempuannya Helena Raissa Muhammad Nur Hakimi yang kini berusia enam bulan.

rpa

Lieda sekeluarga bergambar kenang-kenangan dengan Tunku Azizah.

"Pertemuan itu terjadi di sebuah restoran di Kuantan, Pahang. Saya dan keluarga memang dah ada dalam restoran. Kemudian nampak Tunku Azizah masuk restoran itu.

"Ada seorang individu yang duduk semeja dengan Tunku Azizah beberapa kali tegur baby saya comel. Masa dia tegur tu, saya minta nak bergambar dengan tuanku. Kemudian mereka panggil kami ke meja Tunku Azizah.

"Ini kali pertama jumpa tuanku. Sangat terharu dan gembira sebab pertama kali jumpa. Tunku Azizah sangat humble, peramah dan berjiwa rakyat. By the way, tuanku tersangatlah cantik," ujarnya.

Kalau tengok dalam video yang dirakam, anak saya tersangatlah santai dan relaks duduk di riba tuanku.

NURHALIEDA SYAKIRAH NOR ZULKEFLI

Menerusi pertemuan singkat itu, dia yang senang disapa Lieda berkata Tunku Azizah juga sempat berkongsi tip tentang pakaian bayi dengannya.

Imbas Lieda, Tunku Azizah mengajar satu teknik kreatif iaitu memotong bahagian kaki pakaian jenis romper agar ia dapat dipakai dalam tempoh lama.

"Ada berborak juga. tuanku tanya umur anak saya. Tuanku Azizah juga ada beritahu macam mana nak pakai lama baju baby. Masa tu anak saya pakai baju romper.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai sebulan dua kali Tunku Azizah usap perut, kali ini siap goyang-goyang... Netizen doa bayi ‘terkenan’ kecantikan Permaisuri Agong

ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Azizah hulur tangan sambut surat rakyat... Ramai kagum sumandak Sabah berani luah isi hati - “Kami ketinggalan arus kemodenan”

"Tunku Azizah cakap, dulu masa anak tuanku kecil, apabila tak muat dah baju tu, tuanku potong bahagian kaki. Jadinya pakaian itu boleh dipakai lebih lama," ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Tambah Lieda lagi, dia dan suaminya juga turut berborak tentang anakanda tuanku yang juga Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam pertemuan itu.

"Suami saya ada beritahu tuanku yang saya minat Tengku Hassanal. Tuanku scroll phone dan tunjuk link interview mengenai Tengku Hassanal.

rpa3

Dalam pertemuan itu, Tunku Azizah juga sempat berkongsi petua dengan Lieda.

"Kalau tengok dalam video yang dirakam, anak saya tersangatlah santai dan relaks duduk di riba tuanku," cerita Lieda lagi.

Tambah Lieda, Tunku Azizah juga ada menghulurkan wang buat anaknya dalam pertemuan itu.

Lieda yang menetap di Kuantan turut berkongsi foto serta video pertemuan itu menerusi aplikasi TikTok sehingga ia meraih 15,000 tontonan.

"Rezeki dapat jumpa Tuanku Permaisuri Agong Terima kasih Tuanku Permaisuri," ujarnya pada kapsyen video.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain