suria

Rider bongkar taktik pelajar IPTA nak makan percuma, siap pesan menu T20... Selera mewah tapi tiada duit!

Ada individu yang menggunakan taktik simpati untuk mendapatkan makanan percuma. -Gambar hiasan

SELAIN perubahan cuaca dan keadaan jalan raya, salah satu cabaran yang perlu dihadapi pekerja penghantar makanan (rider) adalah kerenah pelanggan yang menduga kesabaran.

Apabila bercakap mengenai kerenah pelanggan, pasti ramai dalam kalangan rider pernah ditipu lebih-lebih lagi jika pesanan makanan dibuat menerusi kaedah pembayaran tunai semasa serahan (COD).

Begitu juga dengan kisah yang dialami oleh seorang rider ini di mana dia nyaris menjadi mangsa penipuan pelanggan yang dipercayai penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menurut rider berkenaan, pelanggannya membuat pesanan menu hidangan barat iaitu Spaghetti Carbonara Crispy Chicken Chop.

Namun selepas pesanan diambil dan mahu dihantar ke lokasi yang beralamat di kolej kediaman IPTA berkenaan, dia mendapat mesej daripada pelanggan tersebut memaklumkan mengalami masalah kesempitan wang.

ipta 2

Tangkap layar perbualan antara pelajar berkenaan dengan rider.

"Saya malu nak jumpa abang sebab saya tak ada duit nak bayar sekarang. Saya order sebab saya lapar sangat. Saya harap abang berhati mulia.

"Abang boleh bagi nombor akaun bank abang, nanti saya ada duit, saya bayar balik. Saya mohon sangat," demikian mesej yang dihantar oleh pelanggan kepada rider tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempah COD tapi minta tangguh bayar ‘online’, bagi alasan sibuk cuci berak ayah... Rupanya taktik scammer nak makan popia, kek percuma!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat tunggu pesanan sampai, pelanggan suruh rider makan - “Saya terpaksa keluar, halal bagi abang”

Menurut rider itu lagi, dia sebenarnya tidak keberatan untuk membayarkan makanan yang sudah dipesan lebih-lebih lagi mengenangkan status pelanggan berkenaan yang merupakan seorang penuntut.

Namun, dia mula berasa curiga memandangkan menu yang dipesan oleh pelanggan tersebut bukan menu untuk mengalas perut.

Ia sekali gus membuatkan dia membatalkan niat untuk membayarkan makanan itu.

Dah sedar diri tu masih belajar dan kurang duit, berjimatlah sikit.

NETIZEN

"Customer tak ada duit nak makan, minta belas ehsan. Kalau dia order nasi putih ayam goreng okay saja aku belanja.

"Ini ordernya kita sendiri pun fikir dua, tiga kali nak beli. Dia selamba je tak ada duit pun boleh order ikut tekak mak bapa dia.

"Nak kesian tapi apabila tengok apa yang dia order, tak jadi nak kesian. Baik aku bawa balik bagi anak bini aku makan.

"Hati-hatilah ye. Universiti ****, kolej ****. Nama dia S***," demikian perkongsian yang dibuat rider berkenaan di grup GrabFood Rider Malaysia, sebagai peringatan kepada rakan-rakannya yang lain agar tidak menjadi mangsa pelanggan sama.

Rider tersebut walau bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai harga makanan yang dipesan pelanggan berkenaan.

rider 1

Selain cuaca yang tidak menentu, karenah pelanggan juga antara cabaran yang dihadapi rider. -Gambar hiasan

Tambahnya lagi, dia turut menghubungi bahagian khidmat pelanggan syarikat tempatnya bekerja untuk membuat aduan dan agak mengejutkan apabila diberitahu pelanggan tersebut pernah beberapa kali melakukan perkara serupa.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya sependapat dengan rider berkenaan yang menyifatkannya sebagai cubaan untuk mengambil kesempatan terhadap rider.

"Dah sedar diri tu masih belajar dan kurang duit, berjimatlah sikit.

"Ini namanya poket B40 tapi selera T20.

"Memang ramai jenis macam ni yang nak scam rider," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain