suria

Netizen kagum tengok minah salih tebar roti canai... Makin terkejut dengar cakap dialek Pahang - “Koi ni ‘pior’ kampung”

Fify tular di TikTok sehingga kedainya turut dibanjiri ramai pelanggan.

VIDEO seorang 'minah salih' yang sedang menebar roti canai berjaya mencuri perhatian netizen sehingga kedai miliknya di Kerayong, Bera, Pahang tular menerusi media sosial.

Malah, video yang meraih ratusan ribu tontonan itu turut dihujani komen netizen yang bertanya tentang identiti wanita berkenaan

"Terbaiklah minah salih buat roti canai.

fify3

Fify bersyukur kedainya mendapat sambutan menggalakkan.

"Awak ada mix mat salih ke?

"Orang putih mana pula ni?" tulis beberapa netizen di TikTok.

Bercakap kepada mStar, Fify, 38, berkata dia sendiri kurang pasti tentang genetik dirinya, namun mempunyai susur galur keturunan Bugis dalam keluarga belah ibunya.

Sampai kena marah makanan habis cepat... inilah pengalaman apabila dah viral.

FIFY

PENIAGA ROTI CANAI

"Saya tak pasti tentang darah kacukan. Cuma mak kepada mak saya merupakan orang Melaka, ada keturunan Bugis. Saya je yang macam ni, suadara mara saya putih biasa.

"Tapi tak tahu kenapa orang tengok saya macam ada mix. Koi ni 'pior' kampung. Saya memang anak jati Pahang dan bercakap dalam dielek Pahang," ujar Fify.

Dalam pada itu, Fify berkata dia sama sekali tidak menyangka video yang dikongsi ke TikTok akan meraih perhatian ramai, sekali gus membuka rezeki buat perniagaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Minah salih terkejut lihat hiasan Krismas di Malaysia, jauh beza berbanding AS

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya jujur dah tak sabar nak kembali ke Malaysia” - Minah salih ‘beku’ balik kampung, pelik orang kita suka negara sejuk

"Saya terharu, tak tahu nak cakap apa. Ada kala sampai kena marah makanan habis cepat. Beginilah pengalaman apabila dah viral. Kadang-kadang risau tempat duduk tak muat, makanan tak cukup.

"Sebab saya berniaga daripada pukul 6.30 pagi sampai 11 pagi je, empat hari seminggu bermula Rabu sampai Sabtu. Dulu sehari 350 keping roti. Selepas alami kecederaan badan, pinggang pun dah tak berapa elok, doktor sarankan buat sikit-sikit.

"Bimbang juga pinggang terus sakit dan tak boleh berdiri lama. Sebab tu sekarang Fify buat 200 ke 220 keping roti saja," ujarnya yang sudah lima tahun berniaga roti canai.

Bercerita lanjut, Fify yang sebelum ini pernah menjadi pengusaha katering mendedahkan kemahiran membuat serta menebar roti canai dipelajarinya secara tiba-tiba sahaja selepas kematian datuknya.

fify2

Roti canai Fify yang sering menjadi pilihan pelanggannya.

"Panjang ceritanya. Saya memang tak reti tebar. Sebelum atuk saya meninggal, dia selalu pesan suruh buat roti canai, barulah ramai orang datang kedai. Dua ke tiga kali dia pesan.

"Tak tahu pula atuk nak pergi. Sebelum ini mak pernah cakap atok pandai buat roti canai kat kem askar dulu. Roti canai dia paling sedap, rangup, lembut dan garing. Masa dia meninggal, saya ada bersamanya.

"Lepas kebumi, petang hari yang sama juga saya rasa 'gatal tangan'. Terus saya buat roti canai. Buat-buat menjadi. Mak cakap 'sebiji' macam roti arwah atuk. Sedangkan saya tak pernah tebar roti sebelum ni, kenapa saya reti buat?" ceritanya.

fify4

Fify mempunyai 88,000 pengikut TikTok.

Akhir bicara, Fify turut menitipkan ucapan terima kasih buat pelanggan berbilang bangsa serta pengikut TiKTok yang sentiasa memberikan sokongan terhadap gerainya itu.

"Kepada semua followers, terima kasih selalu sokong apa saya content. Terima kasih kepada pelanggan berbagai kaum yang membeli roti canai dan nasi lemak saya.

"Hanya Allah dapat balas jasa baik semua. Sumpah terharu. Ada pelanggan yang jauh-jauh pun sanggup datang," ujar Fify yang memiliki 88,000 pengikut TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain