suria

Cikgu macam gangster hayun tangan ke muka murid... Tak cukup penampar, ringan kaki tendang pelajar!

Tangkap layar video guru didakwa tampar dan menendang murid di sekolah.

KECOH di media sosial mengenai rakaman seorang individu dipercayai guru didakwa menampar seorang murid di atas pentas di khalayak ramai.

Menerusi video berdurasi 41 saat itu, kejadian dipercayai berlaku dalam satu majlis di sebuah sekolah.

Menurut seorang wanita yang memuat naik video tersebut, perkongsiannya itu bertujuan sebagai peringatan bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa perlakuan seperti itu adalah tidak wajar.

“Tak ada niat nak buka aib tapi untuk jadi peringatan. Mu cikgu ke, guru besar ke, PK (guru penolong kanan) ke, tak kisahlah siapa mu. Cuma waktu nak marah atau tegur tu biar beradab sikit.

“Aku tak pernah buat pelajar aku macam tu... (walau) nak marah macam mana pun. Buat macam tu depan orang ramai. Biar cerdik sikit cikgu ye,” jelasnya tanpa mendedahkan lokasi sekolah berkenaan.

Disangka seorang murid yang ditampar di atas pentas, rupanya guru yang sama didakwa bertindak keterlaluan dengan menendang seorang lagi murid.

Seorang guru bersemuka dengan murid di atas pentas.

Perkara itu didedahkan menerusi video kedua di ruangan komen: “Ni pelajar kedua. Kena sepak terus. Adakah betul begini cara mendidik atau menghukum pelajar?”

Video yang tular sejak malam Rabu itu turut mendapat perhatian pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh.

“Majlis tengah berlangsung. Murid-murid, guru (dan mungkin ada pelawat) penuh dewan, seorang guru pergi lempang murid kat depan.

“Apa la salah budak tu sampai tak boleh sabar tunggu majlis habis baru ambil tindakan. Tengok gaya, murid tu mungkin emcee majlis kot,” tulisnya di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cikgu lempang kakak sampai sakit gigi” - Ibu kesal guru kasar hukum murid, tak kisah garang tapi jangan sentuh muka, kepala

ARTIKEL BERKAITAN: Otak hampir ‘terkeluar’! Guna pembaris logam, guru didakwa pukul murid 9 tahun hingga tengkorak retak

“Budak pertama tak duduk diam

Menurut Mohd Fadli, tindakan tersebut sekali gus mencemarkan profesion perguruan dalam kalangan masyarakat.

“Penuh la maki hamun netizen pada guru-guru. Kita nak orang hormat dan respek kita, tapi tindakan kita buat orang marah dan hilang hormat.

“Harap kes ni selesai elok-elok la. Dan diharap perkara seperti ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang,” katanya lagi.

Kita nak orang hormat dan respek kita, tapi tindakan kita buat orang marah dan hilang hormat.

MOHD FADLI SALLEH

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna Facebook memaklumkan kejadian dipercayai berlaku disebabkan murid berkenaan tidak hormat sewaktu menyanyikan lagu Negaraku di majlis itu.

“Budak pertama tak duduk diam masa nyanyi lagu Negaraku. Budak kedua tersenyum tengok budak pertama. Ada majlis dan ada pihak polis waktu kejadian ini.

“Trauma budak dan ibu bapa ni. Harap ada tindakan segera memandangkan ini bukan pertama kali kejadian guru besar pukul budak waktu perhimpunan. Sekolah anak saya ni,” dakwanya.

Individu yang memuat naik video tersebut berkongsi perkembangan terbaharu mengenai isu yang tular.

Sementara itu, individu yang memuat naik rakaman itu sehingga tular tampil membuat penjelasan bahawa kes tersebut kini sudah dalam siasatan pihak berwajib.

“Kes dah disiasat dan semoga keadilan dapat ditegakkan. Mereka yang komen caci maki tu harap berhentilah. Sebab itu bukan objektif saya (muat naik video). Doakan yang baik-baik semoga ‘beliau’ serik dan belajar daripada kesilapan.

“Saya bukan niat nak viralkan sangat, tapi itulah hidup pada zaman sekarang ni kita kena terima hakikat bahawa kuasa viral dan suara netizen je boleh selamatkan keadaan.

“Buat aduan ke apa ke senyap sampai ke sudah. Jadi, itu saja cara yang saya rasa patut saya buat. Mana-mana yang sokong saya kata saya berani tu, terima kasih.

“Tidak berani mana juga, ketar-ketar sikit. Tapi saya percaya saya buat benda yang betul. Jadi tutup buku, mula yang baharu okay. Peace no war,” katanya menerusi hantaran terbaharu, pada pagi Khamis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain