HARAPKAN pagar, pagar makan padi. Demikianlah situasi malang seorang gadis ini yang mengakui dirogol tiga lelaki, di mana salah seorangnya adalah teman lelakinya sendiri. Berkongsi kronologi detik hitam itu di laman sosial, gadis berkenaan mendakwa segala-galanya bermula selepas dia 'diumpan' si kekasih kononnnya dijemput untuk menikmati makan malam bersama ibu lelaki tersebut. Tanpa bersangka buruk, dia pergi ke rumah kekasihnya di Gombak, Selangor untuk memenuhi jemputan ibu lelaki berkenaan kerana keluarganya sudah saling mengenali memandangkan sudah hampir tiga tahun mereka bercinta. Tangkap layar perbualan gadis berkenaan bersama teman lelakinya. Malangnya, tidak sekadar ditipu malah gadis berkenaan dipaksa memuaskan nafsu lelaki tersebut serta dua lagi rakannya yang diupah dan turut berada di rumah berkenaan ketika itu. "Macam mana saya boleh percaya? Sebab dia cakap yang mama dia ajak dinner sama. Saya memang dah lama kenal dengan ibu bapa dia, jadi saya tak fikir bukan-bukan... sebelum ni pernah ajak makan bersama juga. "Nak call? Beg tangan saya memang dah tak tahu ke mana dan phone saya dalam tu. Faham tak keadaan saya masa itu memang tak boleh buat apa-apa. "Saya berusaha nak lari tapi tak dapat. Lelaki punya pegangan tu kuat dan sejujurnya saya memang tak boleh lepas. Sekali saya kena tampar sebab saya melawan dan nak lari. "Saya tak diberi ubat tidur... memang saya dalam keadaan dipaksa dan sedar tapi tak tahu nak buat apa. Air mata, tangisan saya Tuhan je tahu," luahnya dalam Instagram Story. ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan ‘panas’, kerap gaduh selepas bertunang... Wanita tetap bertahan, anggap kifarah sebab dah terlanjur ARTIKEL BERKAITAN: Baru bertunang tapi dah ‘bersama’ banyak kali, gadis pintar bengang suami tak simpan rahsia - “Aku jadi badut di majlis sendiri ke?” Selepas kejadian hitam itu, dia meminta penjelasan daripada kekasihnya malah meminta lelaki tersebut bertanggungjawab selepas mendapati dirinya hamil. Namun lelaki berkenaan enggan memberikan kerjasama malah tidak mahu mengaku sebagai 'bapa' kepada bayi di dalam kandungan gadis tersebut kerana dakwanya, dua rakannya turut terlibat. Gadis berkenaan membuat laporan polis susulan kejadian tersebut. Susulan kejadian tersebut, gadis itu mengambil keputusan untuk membuat laporan polis bagi mendapatkan keadilan. Gadis itu menambah, dia bersyukur kerana ibu bapanya memahami situasi yang dialami malah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi ketika diuji dengan episod hitam. Perkongsian gadis berkenaan menjadi tular di beberapa platform media sosial seperti Instagram, TikTok dan Twitter. Doa orang teraniaya makbul, dik. Berdoa apa yang terbaik, yang buat adik rasa tenang. NETIZEN Rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan memberikan kata-kata positif buat gadis berkenaan. Dalam pada itu, mereka turut berharap agar ketiga-tiga lelaki yang terlibat segera diheret ke muka pengadilan. Netizen memberikan kata-kata semangat untuk gadis berkenaan. "Karma ada... ingat, mereka buat dekat orang, lambat laun pasti dapat balasan. "Jaga diri dan berjuang untuk hak kamu! "Doa orang teraniaya makbul, dik. Berdoa apa yang terbaik, yang buat adik rasa tenang," demikian komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube