LAIN yang dipesan, lain pula yang dapat. Dek kerana berang dengan kecuaian sebuah restoran menyediakan tempahan yang betul, seorang lelaki menerjah ke premis tersebut bagi melepaskan rasa tidak puas hatinya. Menerusi video yang tular, lelaki itu memaklumkan dia terpaksa memandu sejauh 7 kilometer (km) untuk ke restoran tersebut dengan membawa makanan yang tersalah hantar. Sambil membawa bungkusan makanan, pelanggan itu mahu berjumpa dengan pengurus restoran bagi mengadu mengenai kesilapan yang berlaku. Pekerja restoran memeriksa makanan yang diserahkan kembali. “Kamu hantar makanan apa? Saya terpaksa memandu 7km ke sini, awak hantar makanan apa kepada saya? Apa yang saya pesan? “Sekarang ni saya kena bayar petrol dan Touch n’Go. Apa tu? Nasi lemak ke, nasi kunyit ke?” soalnya kepada sekumpulan pekerja berdekatan dengan kaunter. Keadaan itu membuatkan beberapa pekerja tercengang dan salah seorang daripada mereka memeriksa bungkusan makanan yang dibawa pelanggan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Nasib order tomyam ‘campur’ tapi dapat lauk lebih murah... Pelanggan kempunan mengadu, layanan pula menyakitkan hati ARTIKEL BERKAITAN: Kempunan bubur kacang hijau... Isteri pesan beli barang, siap bagi foto Google buat rujukan... Tapi suami bawa balik kacang pea! Terus mengamuk, lelaki itu kemudian menegaskan dia membuat pesanan nasi ayam dan bukannya seperti yang diterimanya menerusi khidmat penghantaran makanan ke rumah. “Apa ini? Saya order nasi ayam Hainan,” jelasnya dengan nada kecewa. Dia kemudian sekali lagi mengeluh kerana terpaksa memandu jauh ke restoran tersebut semata-mata untuk menukar makanan. “Saya memandu Mercedes ke sini, saya guna kad Touch n’Go dan isi petrol untuk tukar makanan saya. “Saya mahu jumpa dengan pengurus kamu. Kenapa dia keluar? Saya nak jumpa dia,” katanya selepas dimaklumkan pengurus restoran tiada di premis ketika itu. Pekerja mahu menggantikan pesanan pelanggan. Di akhir rakaman berdurasi satu minit dan 36 saat itu, pelanggan berkenaan kemudian akur tidak dapat berjumpa dengan pengurus restoran bagi melaporkan aduannya. Dia bagaimanapun memberitahu akhirnya dapat menukar makanan yang dipesannya sambil menambah turut menerima bayaran sebanyak RM20 bagi menebus kesilapan yang berlaku. Kaya tapi tak bijak, report je la dalam app dan dapat refund. NETIZEN “Kasihan kepada mana-mana orang yang senasib. Kalau kena orang yang tak boleh makan pedas, dihantarnya makanan pedas macam mana? Naya,” katanya menerusi perkongsian itu. Di ruangan komen, rata-rata netizen memahami kekecewaan yang disuarakan pelanggan itu yang menerima makanan lain daripada apa yang dipesannya. Antara komen netizen. Namun, kebanyakan mereka mempersoalkan kewajaran lelaki itu bersikap angkuh apabila memberitahu dia memandu kereta mewah. “Over sangat nak sebut kereta. Ada keistimewaan lebih ke? “Siap tanya kenapa pengurus keluar. Siap beritahu letak petrol dalam kereta Mercedes. “Kaya tapi tak bijak. Report je la dalam app (aplikasi khidmat penghantaran makanan), dapat refund (bayaran balik). Terpaling Mercedes la tu. “Dia kisahkan pandu Mercedes dan bayar Touch n’Go. Kasihan, bayarlah dia... dia perlu balik dengan Mercedes,” komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube