suria

Misteri bau busuk terungkai, 2 hari pemuda geledah tapi tak jumpa... Rupanya bangkai ular sawa dalam ‘skirting’ kereta

Kehadiran bangkai ular menyebabkan pemuda itu terpaksa menghidu bau busuk di dalam keretanya.

DISANGKA tikus, rupanya ular!

Begitulah kisahnya tentang seorang pemuda yang menemukan bangkai seekor ular sawa di dalam body kit keretanya.

Berkongsi di Facebook, Azzuri Syariemy berkata dia telah menghidu bau busuk di dalam keretanya sejak dua sebelum itu.

k2

Misteri bau busuk terbongkar selepas kereta itu dibawa ke sebuah bengkel.

Selain membuat cucian sendiri, Azzuri turut membawa keretanya ke pusat servis (SC), namun mereka gagal mencari punca bau kurang menyenangkan itu.

"Peristiwa pagi ni. Setelah dua hari mencari punca bau yang kurang menyenangkan. Setelah basuh luar dan dalam, bahagian enjin cuci.

"Bawa ke SC untuk periksa dan cari mana datang bau, tapi SC tak jumpa punca. Akhirnya pagi ni bawa ke kedai aksesori kereta untuk selongkar puncanya.

Bangkai ular memang busuk gila-gila bang, nak hilang bau dekat sebulan juga.

NETIZEN

"Agak terkejut juga. Ingatkan bangkai tikus. Rupa-rupanya ada bangkai ular sawa dalam skirting hitam tepi side step. Skirting tu memang original, tak pernah buka. Ada lubang dari tepi membolehkan ular itu masuk," ujarnya.

Azuri turut berkongsi beberapa foto menunjukkan pekerja bengkel sedang membuka body kit keretanya sebelum menemukan bangkai haiwan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam kami jamu bangkai” - Pengantin malu majlis kahwin banyak lalat! Tetamu enggan makan, pelamin hilang keindahan

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan ikan bilis, rupanya bangkai cicak! Wanita kembang tekak jumpa reptilia cukup sifat dalam nasi lemak daun pisang

Azzuri berkongsi kisahnya itu menerusi laman Facebook Aruz Club Malaysia sehingga dia menerima lebih 500,000 komen daripada netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pemuda itu selepas dua hari dia terpaksa menghidu bau bangkai di dalam keretanya.

k3

Bangkai ular yang menjadi punca bau busuk.

"Situasi sama tempat yang sama macam aku. Nak hilang bau bangkai dekat sebulan juga. Seksa tak boleh pasang aircond.

"Saya punya kereta pun dah kena tiga bulan lepas. Bau bangkai kuat sangat.

"Bangkai ular memang busuk gila-gila bang," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka menjumpai bangkai kucing dan tikus di dalam kereta masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain