suria

Lelaki kecewa gagal ‘remake’ poster filem Imaginur, penat pandu ke Perlis... Lagi sedih netizen kata masuk salah tempat!

Bukit Chabang di Perlis adalah antara lokasi penggambaran Imaginur.

FILEM fiksyen sains arahan Nik Amir Mustapha berjudul Imaginur menjengah ke layar perak pada awal tahun 2023 dan masih meninggalkan magisnya sehingga ke hari ini.

Antara daya penarik yang berjaya memukau penonton adalah keindahan sinematografi filem tersebut yang mengetengahkan kehijauan alam menerusi beberapa babak utamanya.

Pada mulanya, ramai menyangka lokasi penggambaran Imaginur lakonan Beto Kusyairy dan Diana Danielle itu bertempat di luar negara kerana panorama dan ciri geografinya yang terasa asing di Malaysia.

Hajat percutian di Perlis yang tidak kesampaian untuk sekumpulan pemuda.

Sangkaan berkenaan ternyata meleset kerana momen ikonik dalam filem berkenaan sebenarnya dihasilkan di utara tanah air iaitu Perlis.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang lelaki bersama rakannya menyertai trend media sosial untuk memburu 'port rahsia' lokasi penggambaran Imaginur yang dikatakan hanya segelintir tahu.

Namun, lelaki itu akhirnya pulang hampa selepas mendapati tempat yang ingin dituju tersebut adalah kawasan persendirian.

ARTIKEL BERKAITAN: Ulang-alik tengah panas nak set ‘timer’, gelagat graduan UniMAP buat ramai sebak... Jurufoto profesional minta tolong cari sampai dapat

ARTIKEL BERKAITAN: Lima sahabat batal travel selepas doa mak makbul, ada yang sedih sampai migrain - “Tak lari ke manalah Korea tu”

"Pandu kereta secara berkonvoi sejauh 491 kilometer (km) dari Kuala Lumpur ke Perlis, dah sampai baru tahu rupanya tempat shooting Imaginur terletak di dalam kawasan pengurusan sisa pepejal.

"Dan kalau nak masuk kena ada surat kelulusan dulu. Sumpah tempat ni cantik, alangkah bagusnya kalau tempat ni iaitu Bukit Chabang, dijadikan destinasi pelancongan negeri Perlis.

"Sedihnya, sekarang ni aku nak berteriaklah," kata lelaki itu merujuk kepada frasa dalam lagu gubahan Amir Jahari bertajuk Hasrat yang menjadi OST Imaginur.

Nak dapat angle mirip macam dalam filem Imaginur tu payah sikit... tapi tak mengapa, nanti boleh datang lagi.

WARGA MAYA

Dalam video yang dimuat naik itu juga, dapat diperhatikan lelaki tersebut terpaksa berpatah balik dan hanya mampu melihat Bukit Chabang dari kejauhan.

Lebih mengecewakan, sebaik sahaja lelaki itu pulang ke ibu kota, beberapa warga maya dipercayai penduduk tempatan tampil mendededahkan laluan alternatif untuk memasuki Bukit Chabang.

"Sebenarnya boleh lawat kawasan padang yang Nur (Diana Danielle) dan Zuhal (Beto Kusyairy) berdiri dalam movie tu sambil berlatar belakangkan Bukit Chabang, sini kami cerita.

Jalan Chuping yang dihimpit dengan pemandangan indah. -Kredit foto Oh My Perlis

"Bukit Chabang tu kita boleh akses kalau ikut Jalan Chuping. Cara nak pergi tu buka je Waze, search Jalan Chuping, ia juga laluan untuk menuju ke Padang Besar, dah dekat sempadan Thailand.

"Kawasan yang kita cari tu akan ada dekat bahagian kiri jalan, kalau nak lebih spesifik boleh terus search Kampung Sahabat.

"Dah sampai situ kita boleh explore kawasan sekitar untuk cari lokasi penggambaran Imaginur," kata warga maya memberikan penjelasan.

Warga maya membantu memberikan tunjuk arah.

Tidak kurang juga warga maya yang sempat berjenaka mengenai nasib lelaki tersebut.

"Kesian abang ni melepas peluang, tak mengapa la, harap sempat menjamu selera dulu dekat Perlis ni sebelum balik, syurga makanan, perut kenyang hilang sikit rasa geram tu.

"Nak dapat angle mirip macam dalam filem Imaginur tu payah sikit la, tak mengapa, nanti boleh datang cuba lagi," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain