suria

Menantu mula rasa benci, mentua asyik minta duit! Pelik wang belanja RM7,500 sebulan tak pernah cukup

Masalah kewangan boleh menyebabkan tekanan. -Gambar hiasan

BAGI kebanyakan orang, kehidupan selepas bersara adalah masa untuk berehat secukupnya setelah bekerja keras bertahun-tahun mencari rezeki.

Terima wang pencen saja, dah boleh goyang kaki.

Tapi sebenarnya ada juga sesetengah pesara yang asyik kesempitan wang dek kerana tersalah urus kewangan selepas pencen.

Begitu juga dengan seorang bapa mentua ini yang bersara dari 2017 dan menerima sagu hati persaraan berjumlah lebih RM500,000.

Menurut si menantu, bapa mentuanya mempunyai dua anak dan menerima pencen bulanan sebanyak RM6,000, manakala ibu mentuanya pula suri rumah.

Namun, apa yang mengejutkan apabila sagu hati persaraan lebih setengah juta itu licin dibelanjakan dalam tempoh lebih setahun, dan mentuanya kini tidak mempunyai simpanan.

“Sekarang hanya harapkan pencen bulanan RM6,000. Segala komitmen bulanan rumah, kereta, bil air api, penapis air semua anak-anak yang bayar.

“RM6,000 tu betul-betul untuk perbelanjaan bulanan mereka berdua. Anak bagi duit RM1,000 sebulan. Anak seorang lagi bagi rm500 sebulan... keseluruhannya berjumlah RM7,500 untuk mereka berdua tanpa bayar apa-apa komitmen,” luahnya di Facebook.

Wang tidak pernah mencukupi bagi mentuanya. -Gambar hiasan

Wanita itu bagaimanapun mendedahkan mentuanya yang menetap di Kedah terus berdepan dengan masalah wang yang tidak mencukupi.

“Mereka selalu mengadu duit tak cukup. Seminggu lepas suami bagi duit, ibu mentua akan minta lagi dalam RM100 atau RM200. Dalam sebulan tu minta beberapa kali.

“Kalau ada nak baiki kereta, baiki apa-apa kerosakan di rumah, ibu mentua minta duit kat anak. Suruh bagi segera,” ujarnya yang menetap di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis merungut bakal mak mentua jenis cakap lepas, BF terus hilang sabar - “Mak aku tu, aku lempang kau nanti!”

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua ziarah rumah anak cucu, nampak kasut buruk menantu di tepi dinding... Terus ‘update’ di media sosial luah rasa bangga

Dia mengakui suaminya seorang anak yang baik dan sedaya-upaya mahu membantu ibu bapanya selagi berkemampuan.

“Kereta mentua rosak baru-baru ini, dia minta suami RM300 tapi suami tak ada duit sebanyak tu. Kami pun berjimat selagi boleh untuk sampai hujung bulan.

“Ibu mentua telefon banyak kali tanya pasal duit. Suami tengah meeting pun dia asyik telefon. Bulan lepas bapa mentua pinjam RM5,000 daripada anak seorang lagi. Jadi, yang baiki kereta ni minta daripada suami saya,” tambahnya.

Meminta-minta macam kami ni cop duit. Mentua tidak memahami keadaan kami yang struggle.

MENANTU

Apabila tiada duit, kata wanita itu, suaminya akan meminta wang daripadanya atau simpanan anak-anak akan menjadi ‘mangsa’.

“Saya tak bagi korek simpanan anak-anak. Akhirnya suami pinjam duit kawan. Gaji nanti dia yang kena bayar kepada kawan tu. Sudahnya bajet belanja kami akan ‘lari’.

“Ini bukan kejadian pertama, banyak kali berlaku. Saya selalu jadi mangsa suami minta duit kalau dia tak ada duit nak bagi mentua.

“Saya stres dengan mentua yang tak pernah cukup duit dan asyik meminta. Saya kasihan suami juga nampak stres setiap kali ibu dia telefon banyak kali minta duit. Tapi dia tak sampai hati kata ‘tidak’,” ujarnya dengan nada kesal.

Suami buntu melayan kerenah ibu bapanya. -Gambar hiasan

Timbul persoalan kenapa wang mentuanya termasuk yang diberikan anak-anak sentiasa tidak pernah cukup selain sikap suka meminta tolong dengan memaksa.

“Meminta-minta macam kami ni cop duit. Kami ada anak tiga orang berusia antara dua dan tiga sembilan tahun sedang membesar. Kos hidup di Kuala Lumpur sangat mencabar.

“Lepas tolak segala komitmen, duit yang kami ada untuk hidup berlima hanya kira-kira RM4,000. Itu la kami nak pergi balik kerja, kos makan kami hari-hari, dengan anak-anak minta itu ini.

“Suami bayarkan kereta sebulan RM1,800. Mereka (mentua) beli kereta mahal-mahal tapi minta suami yang bayar. Suami bagi juga RM500 setiap bulan. Tapi tak cukup lagi masih meminta,” katanya.

Menerusi luahan wanita itu, keadaan yang berlaku menyukarkan dia dan suami untuk membuat simpanan bulanan.

“Kami memang tiada simpanan. Saya sedih, kecewa, saya makan hati, saya rasa nak marah tapi khuatir boleh jadi gaduh. Kadang-kadang saya benci mentua saya kerana tidak memahami keadaan kami yang struggle.

“Saya pernah beritahu mentua gaji saya juga habis, saya tolong suami dari segala segi perbelanjaan. Kami juga struggle untuk survive, tapi mentua tetap tak faham dan tetap meminta,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain