LAIN yang diharapkan, lain pula jadinya. Seorang gadis meluahkan rasa kesal dengan hasil bidikan jurufoto yang diupah khas sempena majlis konvokesyennya berlangsung pada 22 November lalu. Menerusi perkongsian di TikTok, gadis yang dikenali sebagai Farah Nadia berkata apa yang diimpikannya hancur berkecai dek kerana jurufoto yang menawarkan servis berbayar kepadanya. "Saya upah jurufoto peribadi untuk majlis konvokesyen. Saya gunakan kawan yang sudah selesai majlis sebagai rujukan. Farah bersama ahli keluarga yang hadir sewaktu majlis graduasinya. "Saya pun mesej photographer tu untuk buat tempahan. Saya akui hasil gambar yang dia ambil memang cantik. Kawan-kawan memang cadangkan ambil servis jurufoto itu sebab dia bantu daripada segi cara nak posing. "Tapi apa yang dikesalkan adalah sehari sebelum majlis konvokesyen, ada orang lain mesej beritahu saya yang dia daripada sebuah produksi lain. Dia sahkan tarikh konvokesyen esok," ujarnya. Kata Farah hal itu mengundang kemarahannya kerana bimbang hasil kerja jurufoto yang ditugaskan untuk merakam momen penting semasa hari konvokesyennya tidak seperti diharapkan. ARTIKEL BERKAITAN: Ulang-alik tengah panas nak set ‘timer’, gelagat graduan UniMAP buat ramai sebak... Jurufoto profesional minta tolong cari sampai dapat ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali dapat job pra-konvo... siswa cum jurugambar sambilan rasa rendah diri, apa jadi sampai nak sorok kamera ketika photoshoot! Bagaikan sudah dijangka, Farah berkata hasil jurufoto gantian itu sama sekali berbeza dengan gambar graduasi rakannya yang dijadikan rujukan. "Pada hari kejadian saya penat. Jadi saya tak boleh nak fikir idea untuk posing. Disebabkan kepenatan itulah saya upah fotographer peribadi. "Sebelum saya nak balik, photographer itu tanya saya nak cara editing gambar macam mana. Masa tu dia tunjuk sampel hasil suntingan saya tak minat. Saya tak boleh nak ulang balik cipta kenangan. Tapi silap saya tak tanya untuk sahkan semula siapa ambil gambar nanti. FARAH NADIA "Saya dapat 100 peratus lain daripada apa saya nak daripada jurufoto asal. Hasil gambar kawan saya ambil dengan fotographer tu memang cantik tapi saya punya (gambar) sangat teruk dan tak membantu daripada segi posing," ujarnya penuh kesal. Gara-gara terlalu kecewa dengan foto yang dirakamkan, wanita ini memilih untuk tidak berkongsi hasilnya di media sosial seperti rakan-rakan lain. Tegas Farah, tujuan video tersebut dibuat hanyalah untuk menitipkan pesanan buat orang ramai di luar sana yang bakal menyambut majlis konvokesyen masing-masing tidak mengulangi kesilapan sama. Farah menceritakan pengalaman tersebut menerusi hantaran di TikTok. Jika diteliti pada ruangan komen, Farah membalas salah satu komen netizen menyatakan bahawa dia membayar lebih RM200 untuk servis digunakan. "Walaupun dia cakap dia ada urusan hospital selepas hari kejadian, kenapa tak cakap boleh awal-awal. Dia bagi job ni dekat orang lain yang saya tak tahu hasil dia ambil gambar macam mana. "Saya tak boleh nak ulang balik cipta kenangan. Tapi silap saya tak tanya untuk sahkan semula siapa ambil gambar nanti. "Sampai saya rasa tak nak tengok gambar tu sebab rasa sangat sedih. Tapi saya tak boleh cakap banyak sebab benda dah lepas," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube