suria

Lelaki hati ‘tersakiti’ ditegur pukul rata semua wanita... Bahaya cedok tafsir al-Quran tak ikut konteks sebenar!

Stiker ayat al-Quran di cermin kereta ini membuatkan ramai berasa kurang senang.

SUDAH tidak asing lagi untuk kita melihat pelbagai stiker hiasan dilekatkan pada kenderaan seperti kereta, motor mahupun lori.

Stiker ini kebiasaannya akan tertulis mesej berunsur jenaka atau nasihat yang boleh mencuit hati pengguna jalan raya lain.

Namun melalui satu hantaran di laman X, seorang pelayar menegur stiker pada bahagian cermin belakang sebuah kereta yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Antara stiker kereta yang pernah menerima kecaman warga maya sebelum ini.

Stiker terbabit memetik terjemahan bahasa Melayu daripada ayat suci al-Quran bagi surah Yusuf ayat ke-28 yang berbunyi: "Sesungguhnya tipu daya wanita itu sangat dahsyat."

Menurut individu tersebut, adalah tidak wajar ayat al-Quran dipetik secara sembarangan kerana dibimbangi boleh membawa kepada salah faham orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Roommate pasang bacaan al-Quran setiap masa, pelajar hargai tapi adakala hilang fokus belajar! Rasa diri jahat kalau tegur

ARTIKEL BERKAITAN: Arwah kemas barang memancing, kerap dengar bacaan al-Quran... Kakak cerita perjalanan akhir adik lelaki sebelum kemalangan

"Wanita yang dimaksudkan dalam surah Yusuf ayat ke-28 itu adalah tentang seorang perempuan yang berbohong mengenai Nabi Yusuf. Ia seharusnya khusus kepada perihal itu sahaja.

"Tolong la jangan sesuka hati ambil ayat al-Quran tanpa konteks yang jelas, ini kalimah Allah, jangan buat main-main.

"Macam contoh stiker kereta ni, apabila ayat al-Quran diletakkan macam tu saja, ia seolah hendak memukul rata semua wanita sebagai suka bermain tipu helah.

Kalau sebarkan ayat al-Quran tanpa konteks yang penuh, ia membuka ruang orang ramai untuk buat andaian.

WARGA MAYA

"Kalau hati tersakiti pun, jangan guna ayat al-Quran untuk merendahkan semua wanita kerana pada realitinya hanya seorang perempuan yang mengguris perasaan kamu," jelas individu itu.

Katanya lagi, dia juga berharap agar orang ramai cuba mendalami dan memahami makna di sebalik ayat suci al-Quran.

"Saya bersuara ini sebagai pesanan untuk diri saya juga, kalau berpeluang tolong cari guru untuk belajar tafsir supaya kita dapat memahami al-Quran dengan lebih baik.

"Kemudian belajar bahasa Arab, barulah kita akan nampak keindahan sastera dalam al-Quran.

"Tidak semestinya perlu berguru, boleh juga kita membuat pembacaan menerusi buku yang bersesuaian," kata pelayar tersebut.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Melewati ruangan ciapan balas, warga maya juga menzahirkan rasa gerun apabila melihat penggunaan ayat suci al-Quran secara sewenang-wenangnya itu.

"Letak stiker Islamik macam ni, kemudian bawa kereta pula secara berbahaya, memang mengundang kemarahan, langsung tak melambangkan keperibadian seorang Muslim.

"Memberikan persepsi buruk kepada mereka yang bukan Islam. Saya pun pernah ada seorang pakcik yang letak stiker berbunyi, 'Jihad Fisabillillah', tapi nak jejak kaki ke masjid memang jarang sekali.

"Kalau sebarkan ayat al-Quran tanpa konteks yang penuh, ia membuka ruang kepada orang ramai untuk membuat andaian.

"Jika andaian itu salah, tanggunglah dosa sehingga ke akhir hayat," ujar warga maya berkongsi pendapat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain