MUNGKIN ada segelintir individu akan berasa kecil hati atau cemburu apabila melihat adik beradiknya yang lain menerima hadiah daripada ibu bapa. Bagaimanpun reaksi seorang kakak sulung yang tumpang gembira dan seakan-akan cuba menutup kesedihan ketika melihat adik perempuannya menerima kejutan hadiah hari jadi daripada si bapa membuatkan rata-rata netizen tersentuh. Namun reaksi wanita berkenaan berubah gembira bercampur sebak sebaik sahaja bapanya menghulurkan hadiah kepadanya tidak lama kemudian, kerana tidak menyangka akan mendapat kejutan yang sama. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi kisah mengenai momen tersebut, Afif Rushdan yang merakam dan memuat naik video di media sosial berkata, ketika itu mereka sekeluarga melawat kakak keduanya, Nurin Khayrina yang menginap di kolej sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTS) di Selangor. "Hari jadi kakak kedua atau angah jatuh pada 11 Disember... sehari sebelum itu kami melawat angah di kolejnya. Dia tahu kami nak datang tapi tak tahu nak buat kejutan hari jadi. "Hari jadi kakak sulung, Nurin Jazlina atau kakak jatuh pada 19 November. Waktu tu kami sambut tapi ayah outstation pula... tak beri dia hadiah. "Jadi saya, ayah dan ibu plan nak buat kejutan untuk kakak sulung dan angah serentak waktu melawat angah... hadiah pula kami masukkan dalam satu beg untuk setiap seorang," ceritanya kepada mStar. Kakak sulung (kiri) dan kakak kedua Afif menerima hadiah beg tangan sempena hari jadi mereka. Afif yang merupakan anak ketiga daripada enam adik beradik ini menambah, dia sememangnya tidak akan melepaskan peluang untuk merakam gambar dan video setiap kali meraikan sesuatu bersama keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Prank tersandung ketika bawa kek hari jadi, ibu paling cuak gara-gara gelagat 3 anak teruna – “Ayah kata kek hancur boleh beli lagi” ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kereta hon buat wanita ini tak senang duduk, bikin panas kena lalu jalan jauh... Prank birthday jadi kecoh! "Bila tiba part ayah beri angah kejutan hadiah, tak perasan momen itu kelihatan seperti kami prank kakak. "Sebenarnya, kami tak plan nak buat prank sebaliknya nak buat kejutan untuk kedua-duanya. Tapi ayah beri hadiah pada angah dahulu, kemudian baru beri dekat kakak, itu yang nampak macam prank. "Bila ayah beri hadiah dekat kakak sambil cakap 'kakak ingat ayah lupa kakak ke?', serta merta wajahnya gembira campur sebak. Kakak sebenarnya tak kisah sebab dia sendiri tak pernah meminta hadiah," ujarnya yang juga seorang mahasiswa. Hadiah pula memang kami dapat sama semuanya. Kalau seorang dapat jam tangan, yang lain dapat jam. Kalau seorang dapat beg, yang lain pun sama. AFIF RUSHDAN Bercerita lebih lanjut, Afif berkata sudah menjadi tradisi buat keluarganya meraikan hari jadi atau hari-hari penting setiap ahli keluarga. Malah, dia dan adik beradiknya pasti akan menerima hadiah daripada ibu bapa mereka walaupun tidak pernah meminta. "Dari umur kami setahun, ibu dan ayah tanpa gagal akan sambut hari jadi. Malah kami akan terima hadiah walau tak minta... kerana bagi mereka, itu cara menghargai anak-anak. "Hadiah pula memang kami dapat sama semuanya. Kalau seorang dapat jam tangan, yang lain dapat jam. Kalau seorang dapat beg, yang lain pun sama," ujarnya lagi. Netizen turut tersentuh melihat video yang dikongsikan Afif. Tidak menyangka video yang dimuat naik meraih lebih 409,000 jumlah tontonan di TikTok, Afif melahirkan rasa terharu kerana menerima komen positif daripada warga maya. "Bila baca komen, banyak yang menyentuh hati kami sekeluarga. Ada yang boleh relate perasaan anak sulung, ada yang kata seronoknya dapat parents macam ni. "Tapi ramai yang luahkan rasa rindu pada ayah masing-masing yang sudah meninggal dunia. Sebak bila baca. Moga setiap komen dan doa yang baik-baik akan berbalik kepada mereka semua," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube