KEHIDUPAN ini sarat dengan pengajaran walau apa jua situasi dan di mana sahaja kita berada. Pengajaran dan pengalaman hiduplah yang akan membantu kita untuk memperbaiki kesilapan serta menjadi individu lebih baik berbanding hari-hari yang sebelumnya. Melalui satu video tular di TikTok, seorang gadis yang merupakan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) menerima pesanan berkisar kehidupan pada waktu yang tidak disangka-sangka. Pemandu e-hailing biasanya akan berbual dengan penumpang. -Gambar hiasan Menurutnya, dia ketika itu sedang berada di dalam kereta e-hailing untuk menghadiri kelas di kampus apabila pemandu yang merupakan seorang lelaki lanjut usia memulakan perbualan bersamanya. "Uncle e-hailing ni merupakan seorang yang peramah dan sangat baik. Saya bersembang dengan uncle tu dan tiba-tiba dia bagi nasihat dekat saya tentang kekeluargaan. "Dia cakap nanti bila dah habis belajar, saya akan masuk ke alam pekerjaan dan waktu tu saya akan jadi sibuk sampai tak ada masa dengan keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Pantang ada cuti, mesti balik rumah! Gadis IPT pelik ada rakan suka ‘bercuti’ di kolej kediaman, puas ‘kaji’ akhirnya faham situasi ARTIKEL BERKAITAN: Anak curi rakam gelagat ibu ketika dicium, pemuda senyum meleret sepanjang naik motor ke tempat kerja... Ramai sangka kakak! "Kemudian dia tanya saya, waktu belajar ni kalau hujung minggu saya biasa buat apa? Saya pun beritahu yang saya setiap minggu balik kampung. Dengar macam tu, uncle tu terus puji saya. "Sebab uncle tu kata dulu dia pun macam saya, sampaikan waktu dah bekerja di Singapura pun uncle tu akan balik selalu ke kampung untuk jumpa ibu ayah dia," imbas gadis itu tentang perbualannya. Pemandu e-hailing warga emas itu juga memberitahunya, setelah duduk berjauhan dengan kedua-dua orang tuanya, dia amat merindui masakan air tangan mereka. Sebab itulah aku balik setiap minggu, tak kisah la orang nak cakap aku persatuan balik setiap minggu (PBSM) ke. WARGA MAYA "Uncle tu cakap setiap kali dia balik kampung, benda pertama yang dia nanti-nantikan adalah masakan ibunya. Dulu masa kecil, ibu uncle selalu buat roti letak telur, macam sandwich untuk bawa bekal pergi sekolah. "Sampai sekarang uncle tu cakap dia masih rindukan masakan ibunya terutamanya telur goreng. Uncle tu siap cakap telur goreng yang ibu dia masak lagi sedap daripada yang dia boleh buat. "Cuma sekarang apabila dah keluar bekerja, susah nak ada momen macam tu lagi. Uncle tu pesan dekat saya, selagi ibu ayah masih ada, luangkan la sebanyak mungkin masa dengan mereka. "Nanti apabila mereka dah tak ada, semua tu hanya akan tinggal kenangan. Sesibuk mana pun ketika sedang belajar atau bekerja, cari masa untuk ibu ayah," cerita gadis itu, sejkali gus menyampaikan peringatan pemandu e-hailing tersebut kepada warganet. Sebahagian komen warga maya. Ternyata perbualan bersama pemandu e-hailing itu membuatkan gadis tersebut hampir menitiskan air mata. "Mendalam apa yang kami bincangkan waktu dalam kereta tu, hampir menangis tapi tahan emosi," ujar gadis itu membuat pengakuan.. Melewati ruangan komen, rata-rata warga maya berkata mereka berkongsi nasib yang sama seperti gadis itu. "Sebab itulah aku balik setiap minggu, tak kisah la orang nak cakap aku persatuan balik setiap minggu (PBSM) ke, tapi aku utamakan mak ayah. "Sedihnya, tak nak la kerja jauh-jauh kalau macam ni," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube