PEMINTA sedekah saban hari dilihat semakin bertambah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak kurang juga mereka yang menggunakan nama agama untuk menagih simpati daripada orang ramai supaya sudi menyalurkan sumbangan. Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang lelaki tampil memberikan peringatan agar masyarakat tidak terpedaya dengan muslihat sedemikian. Sesetengah peminta sedekah mengambil kesempatan atas kemurahan hati orang lain. -Gambar hiasan Menurutnya, wang yang diperoleh hasil daripada titik peluh sendiri adalah lebih wajar untuk dibelanjakan kepada keluarga dan insan tersayang. "Ini pesan saya, gunakan duit hasil daripada kerja keras membanting tulang empat kerat untuk keluarga kita. Penuhi keperluan isteri dan utamakan keperluan pendidikan anak-anak. "Berikan mereka pakaian yang selesa, kediaman yang sesuai, makanan berkhasiat dan keperluan harian yang mencukupi. ARTIKEL BERKAITAN: Tersepak bekas duit peminta sedekah, toleh belakang ramai pandang serong... Pemuda tak tolong kutip, terus pergi isi perut ARTIKEL BERKAITAN: Pengemis Rohingya marah tak diberi duit! Minta baik-baik tak dapat, terus guna cara kasar tarik ‘handbag’ "Itulah sedekah paling utama iaitu kepada orang terdekat kita yang memerlukan," ujar lelaki tersebut. Lelaki itu turut menyelar lambakan madrasah dan maahad tahfiz yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri tetapi sering meminta orang awam menanggung perbelanjaan mereka. "Abaikan mana-mana agamawan yang meminta sumbangan untuk biayai pusat pengajian yang mereka buka. Itu bukan tanggungjawab asasi kita. Guru-guru jarang nampak di pusat pengajian sebab sibuk ceramah untuk kumpul duit di merata tempat. WARGA MAYA "Keluarga adalah lebih utama berbanding pusat pengajian itu meskipun atas nama agama. Jika pusat pengajian itu terpaksa ditutup sekali pun, biarkan. "Pusat pengajian di bawah kerajaan yang beroperasi dengan sempurna masih ada. Kita dan ummah tak rugi mana pun sekiranya pusat pengajian sebegitu ditutup. "Bahkan kadang-kadang, penutupan pusat pengajian sebegitu menyelamatkan agama daripada terfitnah," jelas lelaki itu. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya juga turut bersetuju dengan pendapat yang diutarakan. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Pusat pengajian yang berdaftar akan terima bantuan kerajaan dan zakat, maka sekolah seperti ini seharusnya mampu diurus tanpa mengharapkan dana luar. Guru atau ustaz juga diiktiraf keilmuannya. "Kebajikan dan keselamatan pelajar turut lebih terjamin. Sumbangan orang awam tu sepatutnya sekadar sampingan, pendapatan tambahan. "Manakala, berdasarkan pemerhatian saya, bagi pusat pengajian yang bergantung sepenuhnya kepada derma agama, banyak dilihat kebajikan pelajar mereka terabai. "Guru-guru jarang nampak di pusat pengajian sebab sibuk ceramah untuk kumpul duit di merata tempat. Kewangan sekolah sebegini juga tidak diaudit, mudah terdedah kepada penyelewengan," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube