RAMAI dalam kalangan kita pernah mengalami situasi flyers, pamplet atau risalah diletakkan di cermin hadapan kereta untuk tujuan pengiklanan. Sekiranya cuaca baik, mudah sahaja untuk kita alihkan kertas tersebut tetapi berbeza pula sekiranya cuaca terlalu panas atau hujan dan ia tidak sempat dialihkan. Sudah pasti kertas tersebut melekat pada cermin kereta dan kita akhirnya bermasalah untuk menanggalkannya. Syafiqah menceritakan semula mengenai apa yang berlaku. Begitulah situasi yang terjadi kepada wanita ini apabila kertas iklan diletakkan di cermin hadapan kereta melekat dan dia sukar untuk menanggalkannya. Gara-gara bengang dengan syarikat tersebut, Syafikah Ramli berkongsi membuat luahan hati melalui satu hantaran dibuat di TikTok. "Siapa punya idea letak macam ni. Melekatlah dekat kereta saya. "Sampai sini saja boleh cuci. Saya sudah letak air sebenarnya," ujarnya mengenai apa berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Pereka fesyen bengang naik e-hailing! Pemandu merungut penumpang gempal, takut kereta rosak - “Ni perkhidmatan jenis apa?” ARTIKEL BERKAITAN: Lalu jalan kampung, pemuda bengang kena hadap pemandu lembab... langsung tak hirau kereta berderet di belakang Dalam video berdurasi 27 saat itu, kelihatan dia baru tiba di kereta dan mendapati terdapat sekeping 'flyer' hebahan pembukaan sebuah kedai peralatan elektrik. Lebih membuatkan dia marah, risalah tersebut melekat sehingga meninggalkan kesan di cermin walaupun setelah digosok. Dalam video tersebut, dia menitipkan pesanan kepada pekerja yang diupah untuk mengedarkan risalah tersebut supaya tidak berbuat demikian. "Tak tahulah nak rasa apa. Kepada semua peniaga-peniaga, saya tahu anda nak berniaga tapi tolonglah janganlah buat macam ni. Kepada semua peniaga-peniaga, saya tahu anda nak berniaga tapi tolonglah janganlah buat macam ni. SYAFIQAH "Merosakkan (cermin) kereta orang tahu tak... dan menyusahkan orang sebenarnya," katanya lagi. Hantaran dimuat naik itu turut mendapatkan reaksi netizen yang mencadangkan pelbagai cara untuk membantu Syafiqah. Malah, pihak syarikat berkenaan turut tampil di ruangan komen meminta maaf dan bertanggungjawab dengan mencuci kertas yang terlekat pada cermin kereta Syafiqah dan kenderaan lain yang menghadapi masalah sama. Permohonan maaf dibuat oleh syarikat tersebut. "Kepada semua yang komen cara untuk cuci kereta... sebenarnya saya sudah pun bersihkan kereta. Pihak yang bertanggungjawab telah pun mesej saya dan buat permohonan maaf. "Mereka juga telah hantar wakil untuk mencuci flyers yang masih ada (berbaki) dekat kereta dan kereta-kereta lain di perumahan saya. "Terima kasih banyak-banyak kerana bertanggungjawab," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube