suria

Gara-gara janji, cikgu kena ‘siap duit’! Hampir semua murid lulus exam tuntut hadiah KFC, ‘muka gagal’ pun dapat B

Ayam goreng bertepung antara makanan kegemaran murid sekolah. -Gambar hiasan

MELIHAT anak murid lulus cemerlang dalam peperiksaan seterusnya berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi menjadi impian setiap guru.

Namun, tugas mendidik seorang pelajar bukanlah mudah kerana setiap orang antara mereka mempunyai tahap pemikiran dan akademik yang berbeza-beza.

Begitulah kisah seorang guru bahasa Arab runsing melihat pencapaian pelajarnya dalam peperiksaan yang kurang memuaskan seperti mana diceritakan di laman X.

Setiap murid mempunyai kelebihan masing-masing yang perlu dicungkil guru. -Gambar hiasan

Enggan berputus asa, guru tersebut tampil dengan satu idea iaitu menjanjikan ganjaran kepada anak muridnya sekiranya mereka mampu beroleh gred lebih baik pada ujian akan datang.

"Dulu saya pernah janji dekat pelajar saya, kalau mereka berjaya lulus subjek yang saya ajar iaitu bahasa Arab, saya akan belanja mereka makan Kentucky Fried Chicken (KFC).

"Maka, tiba musim peperiksaan dan kemudian keputusan keluar, saya terkejut. Hampir semua lulus bahkan ramai yang dapat gred A. Semua murid datang tuntut janji saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Eh, kuaci pun ada! Cikgu mengajar di depan, murid makan nasi lemak dekat belakang... Sudahnya satu kelas dapat habuan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buat 2 set bekal, bagi duit belanja lebih... Rupanya kirim satu untuk kawan sekolah anak - “Ibu dia dah meninggal dunia”

"Malah empat pelajar yang sebelum ni tak pernah lulus sekali pun untuk subjek bahasa Arab tiba-tiba berjaya dapat B.

"Alhamdulillah, syukur banyak saya rasakan, rupanya mereka semua lebih daripada mampu untuk skor," cerita guru itu.

Bagaimanapun, pendekatan yang membuahkan hasil di luar jangkaan itu membuatkan guru berkenaan gembira bercampur sayu.

Cikgu jangan buat lupa nak belanja anak murid makan KFC ya, janji tetap janji.

WARGA MAYA

"Saya sebenarnya tak sangka semua boleh lulus bahasa Arab, sebelum ni yang paling ramai boleh lulus pun 10 orang dalam kelas tu. Mengalir juga air mata ni mengenangkan janji yang perlu ditunaikan.

"InsyaAllah nanti saya akan bawa semua pelajar saya pergi makan KFC. Ini dikira senyuman dalam tangisan. Sebelum ini pernah juga beli bucket ayam untuk 40 orang, melayang RM250.

"Tolong doakan semoga saya dimurahkan rezeki selalu," ujar guru tersebut.

Menurutnya lagi, dia baru bergelar seorang guru bahasa Arab di sekolah berkenaan dan sanggup membuat janji sedemikian kerana mahu melihat pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam subjek tersebut.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Tahun 2023 ni baru pihak sekolah suruh saya ajar bahasa Arab," ujar guru itu ringkas.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memuji kemurahan hati guru tersebut.

"Bagus la cikgu, betul-betul komited dengan tugas dan sanggup buat apa sahaja untuk anak murid.

"Cikgu jangan buat lupa nak belanja anak murid makan KFC ya, janji tetap janji, kalau tak cukup kami boleh tong-tong (kongsi) payungkan (belanja).

"Saya pun dulu pernah pensyarah cakap nak belanja makan kalau dapat A subjek dia, akhir sekali saya berjaya dapat A+, apabila saya tuntut, pensyarah kata tak sah sebab A saya ada '+', alamak," kata warga maya berjenaka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain