SETIAP rumah tangga yang dibina sudah tentu ada kisah, jalan cerita dan rahsia tersendiri. Namun, ada kalanya keinginan pelik pasangan kita boleh membuatkan kita buntu untuk memenuhi permintaan tersebut. Seperti dikongsikan seorang pelayar di X, seorang isteri yang tidak mendedahkan identiti diri bertanya apa yang patut dilakukan apabila suami memintanya membotakkan kepala. Banyak faktor perlu dipertimbangkan apabila pasangan membuat permintaan pelik. -Gambar hiasan "Apa yang awak akan buat bila suami minta nak awak botakkan kepala?" tanya wanita tersebut. Soalan tersebut dikongsikan semula selepas tularnya satu hantaran memaparkan luahan seorang suami yang berusia 25 tahun mengenai keinginan peliknya itu. "Saya baru berkahwin beberapa bulan yang lalu. Sebelum kahwin saya tak pernah beritahu kekasih (isteri) yang saya ada ketaksuban terhadap rambut. "Masa bercinta saya tak pernah cakap fasal ni dekat dia dan lepas kahwin... semuanya berubah. Apa saja berkaitan rambutnya menjadi satu kebimbangan buat saya. ARTIKEL BERKAITAN: Permintaan pelik! Isteri hamil mengidam pegang pinggang abang askar, suami jadi ‘pak turut’ ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mengidam putu mayam tapi ada banyak ‘kriteria’, netizen ajar suami ‘tipu’ kalau gagal penuhi syarat "Walaupun dia nak pakai tudung, saya akan cakap saya nak macam mana. Saya suka tengok dia pakai tudung dengan rambut ikat satu tanpa anak tudung jadi saya boleh bermain dalam tudung setiap kali memandu," katanya. Kata lelaki tersebut, sepanjang berkahwin isterinya tidak pernah menyatakan merungut mengenai keinginan dan tindakan peliknya itu. Malah katanya, si isteri nampak seperti suka dengan apa yang dilakukan. Bagaimanapun, apa yang mencetuskan masalah adalah obsesinya lebih dari sekadar bermain rambut pasangan dan dia mahu isterinya membotakkan kepala. "Saya nak botakkan isteri kalau boleh sampai bersih dan berkilat. Benda tu buatkan saya terangsang pada tahap maksimum. Suami wanita ni kena jumpa pakar terapi untuk betulkan semula keinginan pelik tu NETIZEN "Saya cuma mampu tengok (orang botak) dekat TikTok atau YouTube saja. Saya tak pernah nak beritahu dia. Saya nak beritahu tapi saya 'tersepit'. "Macam mana saya nak buat, hati saya meronta," katanya lagi. Hantaran yang dikongsi ini mengundang pelbagai reaksi netizen. Dalam pada itu, ramai yang memberikan cadangan kepada pasangan ini beberapa idea dan nasihat untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. "Suruh suami dia botakkan kepala sendiri lepas tu ramas. Senang. Komen warga maya pada hantaran dibuat. "Suami wanita ni kena jumpa pakar terapi untuk betulkan semula keinginan pelik tu. ""Nak taat dekat suami pun jangan sampai kita lawan suruhan Allah SWT. Setahu saya dalam hukum Islam, perempuan haram botakkan kepala sebab nanti menyerupai lelaki kecuali sebab medical. Suami dia tu kena pergi kaunseling atau rukyah," komen netizen. Jika diteliti pada komen netizen, terdapat beberapa pelayar yang menyatakan bahawa kedua-dua individu ini bukanlah pasangan suami isteri. Berkemungkinan besar terdapat lebih daripada seorang suami yang memiliki keinginan sedemikian terhadap pasangan mereka. Memetik kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, adalah lebih cenderung hukumnya haram bagi wanita membotakkan kepala kecuali jika dipindahkan kepada yang lain berdasarkan kepada nas dan hujah-hujah yang lain. Bukan itu sahaja, membotakkan kepala atau mencukur rambut lebih kepada sifat kelakian boleh membawa kepada isu tasyabbuh (menyerupai jantina lain). Jelaslah bahawa hukum membotakkan kepala ini haram sekiranya seorang perempuan itu ingin menyerupai lelaki. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube