BAGI sesetengah orang, memiliki kulit putih atau cerah dianggap sebagai mencapai piawaian atau standard kecantikan. Disebabkan itu, ramai yang taksub untuk memiliki kulit putih sehingga sanggup melakukan apa sahaja prosedur kecantikan semata-mata mahu mencapai piawaian berkenaan. Begitu juga dengan kisah seorang wanita ini yang mana dia terfikir untuk melakukan prosedur pemutihan kulit (whitening drip) gara-gara tertekan kerana dihina orang sekeliling. Menurut wanita berkenaan, dia memiliki kulit yang sedikit gelap berbanding adik beradiknya yang lain. Ujarnya, perbezaan ketara tersebut sering dijadikan bahan bualan orang sekelilingnya untuk membuat perbandingan tanpa memikirkan perasaannya. Ada wanita yang sanggup mengambil pelbagai jenis pil demi mendapatkan tubuh badan dan kulit wajah yang mencapai 'standard kecantikan'. "Saya Melayu dan mempunyai kulit lebih gelap nak dibandingkan dengan adik beradik lain. Jujur saya sensitif apabila orang bercakap tentang warna kulit saya. "Sepanjang hidup, saya terima banyak komen negatif tentang warna kulit saya. "Patutkan saya ambil 'whitening drip'?" demikian luah wanita tersebut dalam mesej yang disiarkan di akaun @meinmokhtar. ARTIKEL BERKAITAN: “Susah nak dapat lelaki macam tu” - Gadis ‘dulu gelap kini gebu’ pertahan bakal tunang, ubah penampilan diri sebab letih dihina ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa macam pipi saya tembam” - Makin cengkung, pelajar ini fobia tengok cermin... anggap diri gemuk walau berat 44kg Apa yang membuatkannya benar-benar nekad untuk melakukan prosedur kecantikan berkenaan adalah kerana pernah dilabel 'anak angkat' hanya kerana tidak mempunyai warna kulit seperti adik beradiknya yang lain. Luahan wanita tersebut mengundang perhatian warga maya yang tampil memberikan nasihat serta kata-kata sokongan kepadanya. Jagalah kesihatan... Susah bila organ rosak ni. Banyak pakai duit dan tenaga. NETIZEN Menurut mereka, wanita berkenaan sewajarnya memikirkan kesan jangka masa panjang akibat prosedur tersebut terhadap kesihatan yang mana langsung tidak berbaloi semata-mata hanya tertekan dengan kata-kata orang. "Please jangan anon. Sekarang banyak kes dialisis where patients orang muda sebab mereka ambil pill atau drip untuk cepat putih atau kurus. "Aku ada kenal seorang ni, time bujang selalu consume supplements pelik-pelik sebab terlalu obses nak putih. Lepas kahwin, dia ada masalah nak pregnant sebab ada ovari cyst. Rata-rata netizen menasihatkan wanita berkenaan supaya lebih mementingkan kesihatan berbanding melalukan prosedur berisiko. "Jagalah kesihatan... Susah bila organ rosak ni. Banyak pakai duit dan tenaga. Buat skin care, cukup air kosong, tidur awal, exercise regularly, jaga makan. Natural glow. "Benda ni bukan natural. Orang yang bercakap pasal your skin tone sedang persoalkan ciptaan Allah. I know senang nak cakap tapi embrace your skin tone," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube