USAHA seorang lelaki berstatus duda untuk mengekalkan hubungan baik dengan dengan bekas isterinya tidak kesampaian. Sebagaimana dikongsikan pemuda itu di media sosial, dia menunjukkan tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp memaparkan dirinya merayu untuk mendapatkan hak penjagaan anak daripada bekas isteri. Katanya, segala permintaan dan kehendak wanita itu sudah ditunaikan malah selepas bercerai pun, bekas isterinya masih menggunakan kereta dan menetap di rumah sama. Perbualan seorang lelaki (kanan) dengan bekas isteri. "Saya kerja S*** (nama isteri)... Awak nak rumah saya dah bagi. Awak nak kereta saya bagi. Awak nak shopping pun saya bagi. "Walaupun kita dah bercerai, saya tak pernah ungkit fasal rumah awak duduk, kereta awak guna sekarang... saya ikhlas. S*** saya merayu sangat tolonglah fikir baik-baik masa depan anak tu. "Kalau awak nak kahwin lain, terpulang. Itu hak awak tapi tolong... saya merayu bagi anak dekat saya," katanya kepada bekas isteri. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kerap ambil EL jaga anak dipandang serong rakan sepejabat, menyampah asyik kena ‘cover’ kerja... Punca anak dara takut kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘tak lekat’ di rumah, tiap-tiap malam lepak dengan kawan... Isteri macam tunggul, asyik ditinggal jaga bayi 6 bulan Namun, cubaan si suami untuk bertoleransi dengan wanita itu nampaknya tidak berjaya apabila dia enggan memberikan hak penjagaan anak mereka kepadanya. Apa yang lebih mengejutkan adalah sikap bekas isterinya yang dalam masa sama mengakui dia sebenarnya tidak mahu menjaga anaknya. Berdasarkan mesej yang dibalas oleh wanita itu kepada bekas suaminya, dia cuma bimbang sekiranya lelaki itu bersikap lepas tangan kelak. "Memang aku tak nak jaga anak tu tapi tak kan bagi kau. Walaupun kita sudah bercerai, saya tak pernah ungkit fasal rumah awak duduk, kereta awak guna sekarang. BEKAS SUAMI "Lepas kau bagi (duit), aku bagi anak... lepas tu? Lepas tangan? Baik anak ni dengan aku jadi kau tak lepas tangan," ujar wanita itu. Memahami apa yang menjadi kebimbangan bekas isteri, si suami bersetuju untuk memberikannya wang setiap bulan jika dia diberikan hak penjagaan anak. Bagaimanapun, wanita itu tetap tidak bersetuju dengan rundingan dan tawaran tersebut. Akhirnya, lelaki itu mengakhiri perbualan mereka dengan menyatakan bahawa dia akan membawa kes tersebut ke muka pengadilan bersama bukti-bukti disimpan. "Saya dah cuba nak selesai cara baik tapi sekarang kita akan ikut proses yang sepatutnya, saya simpa semua bukti jadi awak boleh berhenti jadi mangsa keadaan Komen netizen pada hantaran dibuat di TikTok. Rata-rata netizen memberi sokongan penuh dengan tindakannya untuk mempertahankan hak penjagaan anak. "Bawa dia ke mahkamah. Gunakan anak untuk dapat semua duit, gila gamaknya. Memang tak la duit nafkah tu dibagi dekat anak. Selamatkan anak sebelum terlambat. "Lawan untuk anak anda! Patutnya tarik je semula kereta dan rumah baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Dapatkan semula anak. "Menangis dan luahkan pada Allah semasa awak solat. Allah percepatkan dan mudahkan segala urusan. Minta yang baik-baik padanya," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube