suria

Murid lelaki nampak miang, melompat-lompat bagi ‘pickup line’ untuk ustazah! Ramai risau pelajar hilang adab, bergurau tak bertempat

Video memaparkan seorang pelajar memberi 'pickup line' dalam satu program di sekolah menjadi tular.

BOLEH dikatakan, setiap sekolah akan menganjurkan ceramah motivasi untuk para pelajarnya, sama ada ketika menjelang peperiksaan atau sempena acara tertentu.

Pelbagai aktiviti atau pengisian yang dilakukan sepanjang sesi ceramah berlangsung untuk menarik minat pelajar supaya mereka turut serta dan tidak bosan.

Tular sebuah video memaparkan satu aktiviti dalam sesi ceramah di sebuah sekolah, di mana seorang murid lelaki memberi 'pickup line' kepada ustazahnya.

Sama seperti ayat 'pickup line' yang biasa didengari dalam drama komedi atau rancangan televisyen yang bertujuan untuk mengurat, bait ayat yang dilontarkan oleh murid berkenaan juga mempunyai maksud yang sama.

"Ustazah, apa beza ustazah dengan IC (kad pengenalan)? IC saya letak di dompet... ustazah terletak di hati saya," ujarnya sambil melompat-lompat.

pickup 2

Aksi pelajar berkenaan (kanan) yang melompat-lompat ketika memberi pickup-line kepada gurunya, mengundang kecaman ramai.

Ratusan pelajar lain turut bersorak kerana terhibur dengan 'pickup line' murid berkenaan.

Bagaimanapun, video yang kini tular di laman X itu mengundang perdebatan warga maya.

Seorang individu terpanggil untuk melontarkan teguran kerana berpandangan 'budaya' sedemikian cenderung untuk merosakkan generasi anak bangsa sekiranya terus dibiarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid darjah 5 lukis orang lidi buat seks, cikgu bimbang generasi muda senang terdedah kandungan lucah

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dedah cikgu ‘gatal’ curi gambar, perkenal dirinya sebagai pelacur di grup porno

"Sorry, aku mungkin kolot. Aku budak 80an yang lahir era transisi analog kepada digital. Zaman rotan dan motivasi psikologi.

"Adakah ini budaya baharu? Style baru dalam industri penceramahan dan motivasi pendidikan anak-anak di sekolah hari ini?"

"Aku faham 'pickup line' ini sekadar gurauan. Tetapi apa matlamat anak-anak ini disuruh buat 'pickup line' dekat seorang guru? Budaya apa yang cuba dibawa?

"Melihat aksi remaja itu merenyam, menggelitat, dan menggedik sebegitu, aku merasakan sesuatu yang tidak kena," lontarnya dalam satu ciapan.

Dari gurauan nakal kepada gurauan fizikal. Bahaya jika tiada rasa malu dalam diri anak-anak.

NETIZEN

Tambah individu berkenaan, apa sekali pun tujuannya, dia tetap dengan pendirian bahawa matlamat tidak menghalalkan cara lebih-lebih lagi ia mengandungi unsur yang tidak sepatutnya.

"Aku tak nampak apa-apa matlamat yang jelas dengan membuatkan remaja itu menggelitat akan menjadikan dia pemenang Nobel Prize di masa hadapan.

"Atau mungkin ada kajian terbaru yang berimpak tinggi, telah terbukti secara saintifik dan statistik yang melakukan pickup line kepada guru akan melahirkan generasi masa depan yang baik akhlaknya, tidak akan jadi 'sex predator mania' di masa hadapan.

"Zaman aku bersekolah dahulu. Aku pun ada cikgu yang baik dan cantik. Rasa sayang dan hormat terhadap mereka pun jauh menebal. Tidak pula aku berani nak bersikap miang hatta hanya sekadar gurauan.

"Aku kira kita kena ada budaya kita sendiri. Budaya timur yang telah menjadi budaya rasmi kita," tulisnya lagi.

komennn

Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan individu berkenaan.

Ciapan individu berkenaan sehingga kini meraih lebih 4,700 ulang kicau dengan turut dibanjiri ratusan komen yang rata-ratanya senada dengan pandangannya.

"Salah satu sebab mengapa golongan M40 bekerja keras untuk memasukkan anak mereka ke sekolah swasta. Inilah kualiti sekolah kebangsaan kita.

"Kalau makin lama dibiarkan perkara macam ni, makin hilang adab terhadap guru. Nak bergurau boleh dik. Tapi tengok orang dan tengok tempat.

"Dari bagi ayat pick up line kepada gurauan nakal. Dari gurauan nakal kepada gurauan fizikal. Bahaya jika tiada rasa malu dalam diri anak-anak," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain