suria

Apartment famous sebab kes Zayn Rayyan, ejen terkedu pemilik jual unit lebih mahal - “Hari-hari masuk TV kenalah up harga”

Seorang pemilik menaikkan harga unit di Apartment Idaman gara-gara kes Zayn Rayyan.

PELBAGAI kisah dan spekulasi dapat kita baca susulan kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, baru-baru ini.

Memandangkan kes bunuh kanak-kanak itu yang berlaku dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor itu masih dalam siasatan, perumahan yang didiami kanak-kanak itu menjadi 'kawasan panas'.

Seolah-olah mengambil kesempatan atas tragedi yang berlaku, seorang pemilik unit di apartment itu secara tiba-tiba terus menaikkan harga rumah yang ingin dijual kepada RM200,000 berbanding harga asal RM168,000.

Sekitar kawasan perumahan di Damansara Damai.

Pendedahan itu dibuat oleh penyedia perkhidmatan rundingan dan ejen hartanah, Azie Nawawi yang menceritakan semula permintaan pemilik unit berkenaan yang juga pelanggannya.

"Dua minggu lepas, saya dapat satu senarai daripada kenalan untuk jual rumah Apartment Idaman.

"Unit di tingkat bawah sekali dengan harga jualan RM168,000 tuan rumah nak jual segera," ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam mana nak beli rumah banyak, satu pun tak lepas... Wanita ini kongsi tip miliki 3 kediaman sebelum usia 30 tahun!

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah flat berlumut dijual murah, siap boleh ‘nego’ jadi perhatian - “OK je kalau jenis pergi kerja balik terus tidur”

Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila pemilik bertukar fkiran dan menaikkan harga rumahnya selepas Azie memaklumkan terdapat bakal pembeli yang berminat dan mahu melihat unit tersebut.

Menurut wanita ini, pemilik mendakwa rumah tersebut sudah dikenali ramai disebabkan kes pembunuhan Zayn Rayyan dan nilai aset yang terletak di Apartmen Idaman itu sudah meningkat.

"Bila saya tanya nak set viewing, pemilik rumah kata sudah tukar harga kepada RM200,000. Dia kata sebab apartment ni dah famous sekarang. Hari-hari masuk TV. Semua orang kenal. Kenalah up harga.

"Ini betul-betul menangguk di air keruh ni bang. Tak kira isu apa, asal boleh. Saya pun speechless tak tahu nak nasihatkan macam mana.

Tempat tu sudah menjadi menakutkan. Lagi nak naikkan harga.

NETIZEN

"Hanya mampu jawab okay baik tuan. Saya harap tuan dapat jual rumah tuan ni cepat, mudah lagi dipermudahkan," jelasnya.

Gara-gara perubahan harga yang dibuat oleh pemilik, bakal pembeli yang pada mulanya ingin melihat rumah tersebut terus membatalkan hasratnya.

Rata-rata netizen di media sosial mula memberikan reaksi susulan hantaran yang dibuat dan berpandangan bahawa harga rumah di kawasan tersebut sebenarnya perlu dikurangkan.

Antara komen netizen pada hantaran asal dibuat.

"Pemilik berfikir di luar kotak sampai tak terjangkau dek akal kami semua.

"Tempat tu sudah menjadi menakutkan. Lagi nak naikkan harga. Budak-budak pun sudah takut nak main dekat taman permainan situ.

"Tiba-tiba tuan rumah jadi tamak. Biasanya kalau kes macam ni harga rumah akan makin turun bukan semakin naik," komen netizen.

Susulan tularnya posting ini, Azie Nawawi sekali lagi memuat naik status di Facebook memaklumkan bahawa pemilik telah bersetuju untuk menurunkan harga unit rumah yang masih mempunyai penyewa itu kepada RM185,000 dan terbuka untuk rundingan.

"Jika ada serius buyer, team saya boleh bawa untuk viewing dan bagi maklumat lain-lain.

"Buat masa ni gambar dalam rumah tak share untuk keselamatan penyewa," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain