GARA-gara terlalu taksub dengan fesyen dan kecantikan, seorang gadis nyaris terjerat dengan sindiket penipuan yang didakwa didalangi usahawan kosmetik. Semuanya bermula apabila dia didatangi seorang wanita ketika sedang mengambil gambar OOTD (outfit of the day). Menurut gadis itu, wanita berkenaan kelihatan baik, malah menawarkan diri untuk mengambil gambarnya ketika itu. Dia juga tertarik apabila wanita itu turut berkongsi minat sama dalam kecantikan dan sedang mencari model untuk menyertai kelas kecantikan menggunakan koleksi alat solek. “Disebabkan dia sangat baik, jadi saya tawarkan diri untuk menjadi model,” katanya. Kisahnya mendapat perhatian ramai. Sanggup melapangkan masa, dia membuat keputusan bertemu wanita itu di premis perniagaan di Petaling Jaya, Selangor untuk menjadi model pada Jumaat lalu. “Sebaik saya masuk, semua orang sangat baik. Masing-masing sedang membuat persiapan dengan alat solek mereka,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik rugi, ada hati nak pinjam duit kawan RM30,000! Netizen kata sah kena tipu, siap kongsi cara nak perdaya scammer ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 3 minggu nak kahwin, duit belanja kenduri lesap... Bakal pengantin kena scam berkira-kira pinjam Ah Long Dia bagaimanapun mula menyedari seperti dipergunakan apabila mendapati keadaan di situ bukan kelas belajar mekap sebagaimana yang digambarkannya. “Mereka lebih berseronok dan mengenakan alat solek antara satu sama lain. Mereka mula cakap tentang usahawan kosmetik dan bagaimana boleh menjana pendapatan pasif. “Ketika inilah keadaan menjadi kecoh apabila saya tidak mahu ikuti MLM (pemasaran pelbagai peringkat) atau apa saja yang diperkatakan dan cuba pujuk saya,” ujarnya. Tidak cukup dengan pujukan, mereka kemudian memuji kulitnya cantik dan memintanya berkongsi tip kecantikan. “Mereka dah jadi terlampau baik,” katanya. Cara mereka bercakap macam dah ada skrip, dengan harapan saya sertai mereka kononnya menjana pendapatan pasif. GADIS Menurutnya, seramai lima individu dan seorang mentor berada di bilik itu dan dia mengakui kurang senang dengan layanan sebegitu. “Kelima-lima orang ni terlalu menyanjungi mentor ini, seolah-olah dia yang paling hebat. Mereka puji mentor sebagai usahawan kosmetik yang bagus, ada banyak pengalaman. “Cara mereka bercakap macam dah ada skrip. Mereka tahu apa nak cakap dan apa yang perlu dikatakan, dengan harapan saya sertai mereka kononnya menjana pendapatan pasif,” katanya. Antara komen netizen. Lebih menakutkan apabila mereka mendesaknya untuk membayar sejumlah wang kononnya sebagai 'yuran' ketika mahu beredar. “Mereka minta duit daripada saya. Saya tak kisah kalau mereka cuba untuk memujuk saya join MLM mereka, tapi jangan bersikap keterlaluan!” katanya dengan nada berang. Mujur dia cukup berani untuk berkata 'tidak' dan enggan melayan permintaan mereka kerana tiada sebab untuk dirinya membuat sejumlah bayaran. “Tapi mungkin ada gadis di luar sana yang tidak cukup berani berkata tidak dan akhirnya menyerah diri untuk membayar yuran. “Mungkin anda akan mengatakan saya ni terlalu naif kerana mudah percayakan orang dan mudah ditipu. Saya mengaku, dan saya akan belajar daripada pengalaman selepas ini. “Saya menasihati orang ramai terutama gadis-gadis supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dan sesekali membayar yuran,” katanya dengan nada kesal. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube