suria

Minta belikan nasi RM7.50 untuk orang tua, runner caj RM50 - “Nak sama harga tiket bas KL ke Kelantan”

Wanita tersebut terkejut apabila melihat caj yang dikenakan runner berkenaan yang berjumlah RM50. -Gambar hiasan (kanan)

KEWUJUDAN golongan runner yang menawarkan pelbagai perkhidmatan sememangnya memudahkan urusan seseorang lebih-lebih lagi bagi yang sering sibuk ataupun mempunyai kekangan tertentu.

Khidmat runner biasanya digunakan untuk menghantar barangan, membeli makanan dan keperluan dapur, atau apa sahaja urusan lain yang sesuai dilakukan.

Caj yang dikenakan oleh runner pula bergantung kepada servis dan faktor-faktor lain, antaranya jarak untuk ke sesuatu lokasi.

Tular kisah seorang wanita yang berkongsi pengalamannya apabila dia dikenakan caj tidak masuk akal oleh seorang runner.

Menurut wanita tersebut, dia menggunakan khidmat seorang runner untuk membeli sebungkus nasi sebelum dihantar kepada ibunya di rumah.

runner 2 new

Tangkap layar perbualan antara wanita berkenaan dengan runner.

"Kebetulan hari ni umi saya tak sihat, dia minta tolong saya carikan runner pergi beli nasi dekat area (pasar raya) Billion (dekat Kota Sri Mutiara).

"Nak dijadikan cerita, mesejlah seorang runner ni minta tolong belikan nasi untuk umi saya. Saya agak terkejut (padahal terkejut beruk) tengok caj runner untuk beli nasi dan hantar dekat umi," tulisnya pada hantaran berkenaan.

Menerusi hantaran tersebut juga, wanita berkenaan memuat naik imej tangkap layar perbualannya dengan runner berkenaan yang memaklumkan nasi yang dipesan sudah selamat dihantar berserta dengan caj yang dikenakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas siasat ‘misteri’ whipping cream hilang, runner diam-diam letak atas tembok! Pembuat kek kagum, terus offer nak belanja dessert

ARTIKEL BERKAITAN: Simpati pelancong ditipu driver tempatan, runner pinjam kereta bapa hantar ke Terengganu! Tak sangka diuji dalam perjalanan

"Nasi berlauk ayam RM7.50, caj runner musim hujan lebat RM50. Total RM57," demikian jawapan runner berkenaan sebagaimana yang terpapar dalam tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp.

Tambah wanita berkenaan, jarak antara rumah ibunya di Kubang Kerian dengan lokasi runner berkenaan di Kota Bharu,Kelantan hanyalah sekitar lapan kilometer.

Katanya, dia tidak menggunakan khidmat runner atau rider syarikat penghantaran makanan lain kerana sebelum ini ada antara ahli keluarganya pernah menggunakan khidmat runner yang sama.

Kesian buat orang tua macam tu... runner pun, agak-agaklah nak caj pun.

NETIZEN

Justeru tambahnya, dia terkejut apabila dikenakan caj yang pada pendapatnya agak tinggi kali ini.

"Memang begitu ke standard harga runner caj area Kota Bharu? Mohon bagi pendapat sikit," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa terkejut dan hairan dengan caj yang dikenakan terhadap wanita tersebut.

komen runnrer

Antara komen warga maya terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Kesian buat orang tua macam tu... runner pun, agak-agaklah nak caj pun.

"Nak sama mahal dengan tiket bas Kuala Lumpur ke Kelantan.

"Caj sendiri ni... hujan lebat tu alasan saja.

"Berair mata... sejengkal je Billion ke rumah kamu," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini hantaran wanita berkenaan meraih 607 shares di Facebook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain