SEBUAH premis makanan menerima reviu daripada pelanggan yang kurang senang dengan harga minuman yang ditetapkan. Memberikan 'rating' buruk (satu bintang), pelanggan tersebut tidak berpuas hati dengan teh panas berharga RM4 dan teh 'o RM3 yang masing-masing dikatakan diletakkan dalam cawan kecil. Tidak melatah dengan reviu tersebut, pemilik Cafe Bekwoh tampil memohon maaf berhubung isu yang dibangkitkan. Menerusi akaun TikTok, pemilik menasihatkan pelanggan supaya dapat memeriksa harga sebelum membuat pesanan sekiranya berkunjung ke kedai makannya yang terletak di ibu kota. Pemilik Cafe Bekwoh memberi respons terhadap komen-komen netizen. "Kami dari pihak Cafe Bekwoh memohon maaf atas ketidaksenangan harga tetap. "Harga air kami bermula dari RM3 sehingga RM8. Boleh tengok menu sebelum order," tulisnya pada video. Walaupun nampak terkesan dengan maklum balas kurang baik itu, dia bagaimanapun kembali bersemangat apabila menerima komen baharu yang lebih positif di Google, dibuat oleh pelanggan lain. Namun, masih terdapat beberapa warga maya meninggalkan komen menyatakan harga air yang dijual adalah mahal. ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik kafe dipuji kental! Tawar makanan percuma untuk individu lapar, tak berduit... Urusan mudah, ambil tiket dan tebus ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik kafe dakwa dikunjungi wanita seperti Zalina Azman dalam ketakutan sambil berkata “saya takut besi” Pemilik sekali lagi berkongsi hantaran baharu dengan memberi pilihan untuk pelanggan tidak membuat pesanan sekiranya menganggap harga dikenakan tidak berpatutan. "Jangan gaduh-gaduh fasal harga ya. Kalau rasa mahal, jangan order. "Dekat mana-mana kedai makan pun sama. Kita ada pilihan," katanya. Sebagaimana dijelaskan, dia mempunyai alasan tersendiri apabila meletakkan harga terhadap sesuatu hidangan termasuklah minuman. Hati kena bersih ya sahabat-sahabat. Tangan sekarang pengganti mulut. PEMILIK CAFE BEKWOH Seperti dikongsikan, stok barang basah yang digunakan untuk penyediaan makanan diambil dari negara seberang di Sungai Golok, Thailand. Memandangkan kebanyakan bahan mentah dibeli dari negara jiran, tidak hairanlah sekiranya harga makanan di kafe itu sedikit 'keras' berbanding kedai makan lain. "Hati kena bersih ya sahabat-sahabat. Tangan sekarang pengganti mulut. Kami masih beli stok barang Cafe Bekwoh. Antara menu dijual di Cafe Bekwoh. "Kami memang semua barang ambil dari Kelantan dan Thailand nak bagi rasa tu sama," jelasnya. Untuk makluman, Cafe Bekwoh menjual makanan autentik dari Kelantan dan Thailand seperti nasi kerabu dan nasi dagang yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube