suria

Momen ‘sweet’ pasangan OKU depan gerai yong tau foo tarik perhatian netizen... Suami dipuji tak berkira dengan isteri

Pasangan ini kelihatan mesra ketika mahu membeli yong tau foo.

BAGI sesetengah individu bujang, harapan mencari pasangan sehidup semati yang benar-benar secocok mungkin dianggap tipis.

Manakan tidak, saban hari kita disajikan dengan cerita membabitkan pasangan yang sering mempamerkan kebahagiaan di media sosial namun akhirnya kantoi berlaku curang.

Namun begitu melalui satu video tular di TikTok, dapat diperhatikan gelagat pasangan suami isteri lanjut usia yang membuatkan ramai kembali percaya pada cinta sejati.

Yong tau foo merupakan makanan tradisi masyarakat Cina Hakka. -Gambar hiasan

Menerusi video pendek yang dirakam di sebuah gerai menjual hidangan yong tau foo, kelihatan si suami tekun mengambil apa sahaja yang diminta isterinya tanpa banyak berdalih.

"Suka tengok pasangan suami isteri ni, suami dia tanya isterinya, nak apa lagi? Selalunya rata-rata suami akan kata, dah la tu, nanti tak habis makan.

"Semoga pasangan ini kekal sampai syurga," kata pemilik gerai Yong Tau Foo al-Barokah yang mengagumi dinamik hubungan pasangan warga emas tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak tahan rindu, ajak suami ziarah kubur anak walau masih berpantang! Teresak-esak nangis ketika hias ‘rumah’ baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 4 tahun ‘pergi’, suami isteri setia ziarah pusara anak berbeza agama... Siap bersihkan kubur, batu nisan

Walaupun pakaian pasangan berkenaan nampak bersederhana, tetapi mereka dikatakan kaya dengan keramahan dan sifat dermawan.

"Eh ini jiran saya di sekitar kawasan Parit Buntar, Perak. Suaminya kita panggil Roslan Husin dan isterinya dikenali sebagai Siti. Mereka ni sangat santun orangnya.

Sebenarnya kedua-duanya merupakan OKU, semoga hubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

WARGA MAYA

"Masih belum tiba rezeki mereka untuk dikurniakan zuriat, baik sangat orangnya, suka bagi ubi kayu dan pisang. Semoga Kak Siti dan suami terus sihat ya.

"Sebenarnya kedua-dua mereka merupakan orang kelainan upaya (OKU), semoga hubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat," jelas warga maya yang mengenali pasangan tersebut.

Dalam pada itu, seorang warga maya sempat berkongsikan satu kisah menyayat hati yang disaksikannya sendiri sebagai satu pengajaran.

Sebahagian komen warga maya.

"Pernah ada seorang perempuan ni duduk sebelah aku di pasar malam, dia beli yong tau foo yang harganya berjumlah RM22.90. Tapi dia cuma bawa wang tunai RM20, makanya tak cukup.

"Dia pun pergi cari suami dia di belakang nak minta duit tambah tapi kemudian suaminya mula berkerut muka. Dia cakap, kau yang nak makan, aku pula yang kena bayar.

"Sumpah sakitnya hati aku dengar, semoga kita semua dijauhkan daripada pasangan yang sebegini," kata warga maya tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain