suria

Sakit hati tak dapat korek rahsia resipi bakso, bos mengamuk dalam kedai... Hina tukang masak depan pelanggan!

Seorang wanita mencari rezeki di kedai makan. -Gambar hiasan / The Star

SETIAP individu yang bekerja 'makan gaji' sudah pasti mempunyai pengalaman dimarahi bos atau majikan.

Lazimnya situasi tersebut mempunyai kaitan dengan isu prestasi atau disiplin yang mungkin boleh menjejaskan syarikat.

Namun lain pula halnya dengan kisah yang dikongsikan seorang wanita ini mengenai pengalamannya dimarahi majikan kerana isu yang agak unik.

"Pernah kerja dengan orang... masa tu jadi pembantu tukang masak dan jaga kaunter di satu kedai nasi ayam.

"Masa tu saya sekali buat bakso. Ada satu masa tu bos minta saya resepi bakso tapi saya tak bagi resepi tu pada dia. Kedekut saya kan... hahaha. Tapi bagi saya masa tu resepi mahal," kongsinya mengimbas kembali kisah yang berlaku sekitar lapan tahun lalu.

Menurut wanita berkenaan, tindakannya yang enggan berkongsi resepi menu tersebut menyebabkan majikannya naik angin.

bakso 1

Seorang pekerja restoran sedang mencuci pinggan dan mangkuk. -Gambar hiasan/The Star

Ujarnya, apa yang lebih memalukan, dia dimarahi di depan pelanggan yang sedang menjamu selera di restoran tempatnya bekerja.

"Dia (majikan) mengadu pada suami dia. Esoknya suami dia mengamuk, maki hamun saya di depan ramai customer.

"Dia cakap pada saya 'kau tu orang luar... kalau aku tak tampung kau, tak tahu kau akan jadi apa. Tak sedar diri, orang dah tolong tapi kau tak ingat?'.

"Lepas tu dia cakap 'kau ingat ada ke orang nak bagi kau gaji lebih daripada RM40 (sehari)? Kalau ada, aku kerat tiga jari aku'.

"Masa tu saya terkejut sangat-sangat, disebabkan saya tak bagi resipi bakso, dia boleh marah sampai macam ni," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita nekad ‘resign’ selepas 3 hari kerja di syarikat baharu, dimarahi bos sebab pergi tandas lebih 10 minit

ARTIKEL BERKAITAN: “Keluar kau dari sini” - Majikan ‘angin’ pekerja tak capai sasaran, ugut tak mahu bayar gaji kalau gagal

Disebabkan malu serta kecewa diperlakukan sedemikian rupa, wanita tersebut mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Bagaimanapun ujarnya, hasrat tersebut tidaklah semudah yang disangka kerana majikannya seolah-olah ingin membalas dendam.

"Apabila dia tahu saya nak berhenti, dia pun semakin marah. Dia tahan saya satu minggu sebelum berhenti. Dia suruh saya cari pengganti.

"Tapi saya fikir balik, kenapa nak kena carikan orang untuk orang yang dah buat saya macam tu," luahnya lagi.

Tak apa, orang macam tu tak lama meniaga. Lingkup atas keangkuhan sendiri.

NETIZEN

Sekadar berkongsi curahan hati di media sosial, wanita tersebut berkata tujuannya membuat perkongsian berkenaan agar kisahnya dapat dijadikan iktibar buat para majikan lain supaya menghargai dan memberi layanan yang sewajarnya kepada pekerja mereka.

"Saya berjanji pada diri, apabila satu hari nanti saya berjaya, boleh buka kedai sendiri, boleh jadi bos, saya janji takkan buat macam tu kepada staf saya.

"Kerana saya tahu malu dan sakit tak akan hilang sampai bila-bila. Wahai bos, kita semua sama... hargailah staf-staf kamu sebab tanpa mereka, kita takkan dapat memajukan usaha kita.

"Untuk ex-bos saya yang terbaca status ini, saya tak dendam pada awak tapi janganlah buat benda ni pada orang lain. Kejayaan kita juga berkat doa mereka," akhirinya.

komen bakso

Komen netizen terhadap perkongsian kisah wanita berkenaan.

Perkongsian wanita tersebut meraih perhatian warga maya yang tampil dengan reaksi pelbagai, dengan ada antara mereka menyifatkan tindakan majikannya sebagai melampau.

Malah mereka juga berpendapat wanita tersebut melakukan tindakan yang tepat kerana tidak berkongsi resipi dengan orang sombong.

"Nak resepi ada beberapa cara. Minta, bayar, bantu sambil belajar slow-slow. Owner nak? Bayarlah... respect ilmu dan pengalaman orang.

"Kalau awak bagi resipi tu pun, dia akan berlagak kata resipi dia sendri, cerita dekat orang lain. Banyak macam tu. Tak apa, orang macam tu tak lama meniaga. Lingkup atas keangkuhan sendiri.

"Mana ada orang berniaga bagi resipi ke orang... jika ada pun mungkin yang dah kongsi perniagaan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain