suria

Seriau tengok rakaman dron di Pantai Batu Buruk, kanak-kanak mandi tanpa pengawasan ketika ombak kuat!

Dua kanak-kanak bermain di pantai ketika laut bergelora.

KITA jaga kita!

Keprihatinan dalam masyarakat penting untuk menjamin kesejahteraan bersama.

Semangat kekitaan itu terbukti melalui satu video tular di TikTok, apabila dua kanak-kanak lelaki di persisiran pantai berjaya diselamatkan sebelum berlakunya sesuatu yang tidak diingini.

Tindakan pantas lelaki ini dan rakannya untuk menyelamatkan nyawa dua orang kanak-kanak.

Menurut pemilik video @ganuonthego, dia dan pasukannya sedang menerbangkan dron di Pantai Batu Buruk, Terengganu apabila mereka melihat kanak-kanak berkenaan sedang leka bermandi-manda ketika keadaan laut bergelora.

Tambahnya lagi, kanak-kanak itu tidak mempunyai pengawasan orang dewasa dan hanya bersendirian tatkala ombak sedang ganas menghempas pantai.

Individu berkenaan lantas bergegas untuk memanggil kanak-kanak itu segera keluar daripada terus bermain di kawasan air laut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak sengaja rakam momen BBF terkapai-kapai dalam sungai, nyaris lemas depan mata... Netizen pesan tengok warna air

ARTIKEL BERKAITAN: Terpesona lihat bunga ros muncul depan mata, dua gadis tiba-tiba lemas! Pelik geng abang motor tak bantu walau jerit minta bantuan

“Kami sempat bertanyakan pengunjung di situ sama ada mereka mengenali kanak-kanak tersebut, namun hampa. Kami pun mula mencari ahli keluarga mereka," ujarnya.

Menzahirkan rasa kecewa, individu berkenaan menjelaskan bahawa pengunjung di kawasan sekitar sudah memberikan peringatan kepada kanak-kanak itu, namun tidak diendahkan mereka.

“Kita harus berwaspada di mana anak-anak kita bermain dalam keadaan seperti ini, terutamanya pada musim tengkujuh.

Musim sekarang tak sesuai untuk bermain di pantai dengan ombak yang kuat.

WARGA MAYA

"Ingatlah nyawa tidak boleh dibeli di kedai. Sentiasa awasi pergerakan seharian anak-anak anda," katanya menitipkan pesanan kepada penjaga kanak-kanak itu yang cuai.

Di ruangan komen, warga maya turut menyuarakan kegusaran yang sama.

“Terbaik, memang sepatutnya tegur sebelum jadi perkara yang bukan-bukan. Musim sekarang tak sesuai untuk bermain di pantai dengan ombak yang kuat.

Sebahagian komen warga maya.

“Sebagai anak Terengganu, kami tak pergi pantai waktu musim tengkujuh macam ini, ombak di Terengganu bukan macam pantai lain.

“Nyawa tidak boleh dijual beli, sentiasa berhati-hati semasa berkelah atau berkunjung ke kawasan pantai ketika musim tengkujuh ini.

“Mungkin orang luar, bukan orang Terengganu. Apa-apa pun terima kasih atas peringatan," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain