suria

“Pelanggan aku lari sebab kau” - Rumah jadi parking lot sebab jiran jual burger, dah tegur tapi kena ‘sound’ pula

Burger jalanan merupakan antara makanan yang menjadi pilihan pada lewat malam. -Gambar hiasan

BAYANGKAN apabila bahagian hadapan rumah anda dipenuhi dengan kenderaan orang lain sehingga menghalang laluan keluar.

Situasi ini bukan hanya menyusahkan pemilik kediaman malah bunyi bising kenderaan itu secara tidak langsung mengganggu ketenteraman dan privasi.

Itulah yang dilalui oleh individu ini apabila bahagian depan kediamannya dijadikan kawasan parkir pelanggan yang membeli burger daripada jirannya.

"Saya ada masalah dengan jiran. Jiran ni menjual burger tiap malam. Depan rumah dia orang tak parking. Tapi yang peliknya depan rumah saya dijadikan parking untuk pelanggan dia.

"Sampai menghalang laluan depan rumah. Serta bunyi bising kereta dan motosikal yang menunggu burger," luahnya.

burger 1

Burger jalanan menjadi pilihan ramai bukan sahaja kerana enak tetapi lebih murah. -Gambar hiasan

Menurut individu berkenaan, dia sudah berbincang dan menegur jirannya dengan baik, namun tegurannya bukan sahaja tidak diendahkan malah dirinya pula dipersalahkan.

"Sudah berapa kali ditegur jiran tu buat-buat tak tahu. Boleh pula dia jawab pelanggan aku lari sebab kau.

"Jiran ni lebih pentingkan keuntungan daripada menghormati jiran sebelah," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan kejam sangat, kau yang tak berotak” - Penduduk ‘ajar’ jiran bebal, dah tegur banyak kali tetap parkir sesuka hati

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut ruang parkir dan laman rumah jadi kebun, jiran tiada adab selamba tanam cili tak minta izin

Disebabkan tegurannya tidak diendahkan, individu berkenaan kemudian bertindak membuat aduan kepada pihak berwajib namun jawapan yang diberikan ternyata mengecewakan.

"Dah report pergi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tak jalan... jawapan tak masuk akal, berat sebelah.

"Bukan kuasa mereka sebab kawasan kampung. Report kepada ketua kampung lagi tak jalan. Nak tanya macam mana cara untuk ajar jiran yang tak ada adab ni?

"Dekat mana lagi nak mengadu kalau semua tak jalan? Ada juga rasa nak guna peguam," luahnya dalam laman grup Facebook Tanya Peguam bagi meminta nasihat orang ramai.

Caj kawasan parking kat jiran tu. Suruh dia bayar untuk pelanggan dia yang parking kat rumah awak.

NETIZEN

Warga maya yang bersimpati dengan nasib yang dialami individu berkenaan tampil dengan pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

"Dah report PBT tapi tindakan PBT tak tegas? Boleh try report aduan ke Sispaa Jabatan Kerajaan Tempatan atau Biro Pengaduan Awam dan nyatakan sudah report PBT tapi PBT ambil tindakan sambil lewa.

komen burger

Antara komen netizen yang tampil memberikan cadangan kepada individu berkenaan.

"Parking je siap-siap kereta sendiri kat situ... bagi motor tak dapat park.

"Letak papan tanda 'dilarang parking'. InsyaAllah pelanggan-pelanggan tu faham. Kalau tak ada common sense, keluar je rumah cakap no parking sambil senyum.

"Caj kawasan parking kat jiran tu. Suruh dia bayar untuk pelanggan dia yang parking kat rumah awak," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain